♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk






WANITA : Siapa yang kamu PALING cintai didunia ini ?


LELAKI : kamu !!


WANITA : menurut kamu , saya ini siapa ?


LELAKI : (berfikir sejenak lalu menatap wajah WANITA dengan jawapan yang pasti)

kamu TULANG RUSUKku .






Kerana Allah melihat bahawa ADAM kesepian , saat ADAM lena tidur , Allah mengambil RUSUK Adam dan mencipta HAWA .





Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya , tidak lagi merasakan sakit dihatinya .

Setelah berkahwin , pasangan muda itu mengalami saat yang indah dan manis untuk sementara .

Setelah itu , pasangan muda itu mulai tenggelam dalam kesibukkan masing² dan kelelahan hidup yang ada . Hidup mereka menjadi membosankan .

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka menyisihkan impian dan cinta satu sama lain . Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas .

Pada suatu hari , pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah . Saat tiba diseberang jalan , dia berteriak "kamu tak cintakan saya lagi !!" .




LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "saya menyesali perkahwinan ini ! kamu ternyata bukan TULANG RUSUK saya !! "






Tiba² WANITA terdiam dan berdiri terkaku untuk beberapa saat .
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan , tetapi ianya seperti air .




Lima tahun sudah berlalu , LELAKI masih belum lagi berkahwin , tetapi tetap berusaha mencari khabar akan WANITA . WANITA pernah ke luar negeri , tetapi sudah kembali . Dia pernah berkahwin dengan orang asing dan bercerai .
LELAKI agak kecewa pabila mengetahui WANITA tidak menunggunya .
Dan di tengah malam yang sunyi , dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya . Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA .
Suatu hari , mereka bertemu kembali . Di Airport , tempat dimana terjadi banyak pertemuan dan perpisahan . Mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas .
Telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali *umpama dah ludah takkan jilat balik*




Dan berlinang airmata . WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang²nya dan bertekad untuk berpisah . "Kalau saya bukan tulang rusukmu , biarkan saya pergi . Biarkan kita berpisah untuk mencari pasangan sejati masing² . " Tiba² LELAKI bersuara ...



LELAKI : Apa khabar ??

WANITA : baik .. kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang ?

LELAKI : belum ..

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut . Saya akan kembali 2 minggu lagi . Telefon saya kalau kamu berkesempatan . Kamu tahu nombor telefon saya kan ? Tidak ada yang berubah .




WANITA tersenyum manis , berlalu di hujung lafaz "selamat tinggal"
Satu minggu kemudian , LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban bangunan WTC . Malam itu sekali lagi LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya . Akhirnya dia sedar bahawa sakit adalah kerana WANITA , tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan .





Kita menempias 99% walau kepada orang yang kita cintai . Dan akibatnya adalah penyesalan .
Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya , akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita , kita sudah terlambat ..
Kerana itu , jagalah dan sayangilah orang yang kita cintai sepenuh hati .
Sebelum mengucapkan sesuatu , berfikirlah dahulu .. Apakah kata² yang kamu ucapkan itu akan menyakitkan orang yang kamu cintai ? Kira merasakan akan menyakitinya , sebaiknya jangan pernah dilafazkan . Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang kita cintai .





Jadi berfikirlah , apakah kata² yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima ??


Wallahualam =)



by: shafyfymie

aku pelik !

Aku terjaga dari tidur lenaku disaat aku diganggu oleh bunyi yang seakan akan biasa ku dengari ..



" seusia malam ku menantimu , dihembus embun aku tersipu , mungkinkah kau lupa temujanji kita , kau gembira bersama teman teman mu , berlari-lari ku mencarimu ....."



hehe tu bunyi lagu ringtone handphone aku laa .. lagu OAG - merpati putih ;)



ok , sesi perbualan:



aku :: morning sayangg ... (cakap sambil tutup mata & bajet my hero yg call)

caller :: urmm ..

aku :: urmm ?? (aku rasa ni bkn bf aku) hey, who is talking there ?

caller :: sob sob sob

aku :: eh , nape nagess lak nehh ?? (sambil gosok² mata & tengok screen handphone. private number ??)

caller :: jaga diri leklok tau . jangan lupa makan . jaga kesihatan baik² . kalau sakit , cepat² makan ubat ..

aku :: erkk .. ok .. tapi ni siapa ??

talian terputuss ... kredit abes la tuhh .. hehe


Tapi aku pelik , dia tu siapa ? aku betul² tak cam suara dia . masih dalam mood mamai baru Bangun tidur lagi .. *walaupun jam da menunjukkan pukul 2.32 pm ! hekhek ;p


Berkali² aku cuba dial semula nombor tu . tapi dah tak ada dalam perkhidmatan . haihhh


Agak² siapa yang tahu siapa pemanggil tuh , sila lah bawa dia ke balai polis berdekatan . Manusia berperangai pelik . Call aku tetiba menangis ..Lepastu siap ingatkan pasal kesihatan aku lagi tuh ..


Apa mungkin dia orang yang pernah aku kenal ? atau dia mengenali aku ??


Apa apa pun , terima kasih la sebab ingatkan aku :)




by: shafyfymie

yes ! aku KUAT =)



saya akan cuba buat yang terbaik .

mungkin cara saya membuat kamu sakit hati .

tapi percayalah , saya betul² takut kehilangan sesuatu yang saya impikan .

saya bersyukur matahari menerangi siangku ,

saya bersyukur bulan dan bintang menerangi malamku,

tapi

saya akan tetap menanti tibanya hujan .

mungkin hujan saja yang boleh faham perasaan saya .



Cinta + Dugaan = ??


sayangg ..


betul ke dugaan bercinta tu sangat berat ?


tapi kenapa ianya sangat berat sygg ??





sayangg ..


betul lah .. dugaan ni berat sangat ..


saya tak larat la nak pikul sorang² ...


awak boleh bantu saya tak ??


urmm .. takpelah, saya taknak bagi bebanan pada awak .. :(


tapi awak ....


awak kena bantu saya jugak !!


saya nak awak rasa apa yang saya rasa !


sebab awak dah janji nak bersusah senang , bersuka duka dengan saya kan ?? :')



Sayangg .. Saya nak kita pertahankan cinta kita sampai akhir hayat yee ..

Saya nak kita berjuang mati-matian untuk teguhkan semula cinta kita ..

Cuba awak tengok orang sekeliling kita sekarang ni , tak ramai yang dapat pertahankan hubungan dorang ! sebab masing² ego dan taknak pertahankan cinta dorang, kan sayangg kann .. Saya taknak lah jadi macam dorang tu ..

Sebab saya sayang awak sangat² ..

Saya nak awak jadi sebahagian dari hidup saya kelak !

Percayalah , saya cintakan awak sorang jeh ! =)








Sayangg ..



Mama saya kata bercinta tu banyak dugaan ..

Tapi saya tak percaya ! sebab saya tengok mama dengan ayah bahagia je ...



Sayangg ..


Ayah saya kata bercinta tu kena banyak belajar ..

Tapi saya tengok macam senang je bercinta neh ...


Sayangg ..


Abang saya kata bercinta tu susah , sebab pasangan kita atau kita pasti akan cepat bosan dengan pasangannya ..

Tapi saya rasa saya macam boleh je tangani semua kebosanan tu ...


Sayangg ..


Kawan² saya kata bercinta tu melecehkan ..

Tapi saya tengok ada jugak kawan² yang lain bahagia dengan pasangannya ...



Sayangg ..


Nenek saya kata bercinta tu besar maknanya kalau kita selami hati budi masing² . Saling mempercayai satu sama lain . Jujur Setia pada pasangan dan macam² lagi yang pasangan tu harus lakukan dan berkerjasama untuk mempertahankan sesuatu hubungan tu .


Tapi , betul ke sayang ??




Saya rasa apa yang mereka kata tu ada betulnya la sayangg ..

BERCINTA TU BANYAK DUGAAN .. ? Betul kata mama saya sayangg .. Bercinta tu banyak sangat dugaan . Tapi dugaan tu jugak la yang selalu datang untuk menguji seteguh mana cinta kita ..


BERCINTA TU PERLU BANYAK BELAJAR .. ? yep ! kita perlu tahu macam mana nak atasi permasalahan , kita perlu belajar buruk baik pasangan kita , kita perlu tahu segala tentang pasangan kita dan banyak lagi yang kita kena belajar sayangg ..


BERCINTA TU CEPAT BOSAN .. ? yep ! memang tak dinafikan . Kalau asyik buat benda yang sama je tentulah bosan . Tak pun gaduh gaduh gaduh dan gaduh terusss .. MEMANG BOSAN !

Cara taknak bosan ialah ?? eheeeeeeeeee fikir la sendiri . takkan tu pon nak kena bagitau ;p


BERCINTA TU MELECEHKAN .. ? urmm .. tak jugak kot .. tengok perangai pasangan kita jugak lah .. dapat pasangan yang kaki amuk atau dapat pasangan yang gedik² tu agak leceh laa kott .. Nak melayan perangai dorang , baik buat benda lain lagi bagus ! urmm . Ada satu perkara yang sangat melecehkan iaitu KONGKONG ! haha tersangatlah melecehkan .. nak pergi mana² pon tak boleh . nak keluar pon kena ada limit² nya .. nak keluar dengan orang tu tak boleh dengan orang ni tak boleh .. haihhh kalau si dia keluar tu boleh pulak ! kita jeh nak kena dengar cakap dia ! apa pun tak boleh laaaaa ~

*tak tujukan pada sesiapa yee* hehe


Tapi sayangg .. sejuk hati saya bila ingatkan semula kata² nenek saya tu sayangg .. Kalau boleh saya nak selami seluruh jiwa raga dan diri awak supaya saya pula dapat biasakan diri saya dengan kehidupan awak .. Mungkin dari situ lah saya percaya yang saya boleh bekerjasama dengan awak untuk teguhkan cinta yang selama ni kita penat² bina ni sayangg ..


Jujur , Setia dan Percaya tu semua sepatutnya kita semat dalam kehidupan kita supaya kita kekal bersama kan sayangg .. perduli lah dengan apa yang orang nak kata . yang penting kita kenal hati budi masing² !


i love you sayangg :)





by: shafyfymie




Arghhhhhh !!!!

AKU BENCI KAU LAH !!! %$$#^%&*


aku benci benci benci kau lah si perasaan CEMBURU !


aku benci benci benci kau lah si perasaan IRI HATI !


aku benci benci benci kau lah si perasaan TAK PERCAYA !


aku benci benci benci kau lah si perasaan CURIGA !


aku benci benci benci kau lah si perasaan SAKIT HATI !


aku benci benci benci kau lah si perasaan TAMAK !


aku benci benci benci kau lah si perasaan SEDIH !


aku benci benci benci kau lah si perasaan MARAH !


aku benci benci benci kau lah si perasaan LEMAH !


aku benci benci benci kau lah si perasaan TAKNAK MENGALAH !


aku benci benci benci kau lah si perasaan SUKA MEMBANTAH !


aku benci benci benci kau lah si perasaan PUTUS ASA !



Arghhh ! kau semua ni sama jeh ! banyak lagi adik beradik kau dan sanak saudara kau yang sewaktu dengannya tu yang suka sangat nak jatuhkan orang ! sampai tak tertaip aku dengan

ciri² korang yang lain neh !



kenapalah semua perasaan ni selalu ada dalam hidup kita . Walaupun kita tak cari dia , kadang² dia sendiri yang tawar diri untuk datang kat kehidupan kita !



Ya Allah , kuatkanlah iman ku .. :(


Mari Dengar Cerita Zaman Dulu Kala =)


Nenek Moyang kita dulu suka bagi pesanan , kadangkala pesanan mereka macam tak masuk dek akal dan kadangkala macam nak menakut-nakutkan kita saja ! tapi ternyata ada betulnya pesanan mereka itu . Dan mungkin pesanan mereka masih kuat dalam ingatan kita kan ;) Mari baca ! ;)


PEREMPUAN


  • dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua

  • dilarang makan leher ayam, nanti leher terkulai dipelamin

  • dilarang makan kerak nasi, nanti dapat anak bodoh

  • dilarang mencari kutu ditangga, nanti dapat suami berumur

  • dilarang bercermin didepan cermin retak, nanti wajah pucat dimalam pengantin

  • dilarang memakai baju basah, nanti badan berkurap

  • dilarang memakan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang

  • dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai

  • dilarang meletak pinggan diatas telapak tangan, dikuatiri nanti akan merampas suami orang

  • dilarang meletak pinggan diatas riba, nanti suami diambil orang

  • dilarang menjahit pada waktu senja, nanti mata akan rabun

  • pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh

  • pantang berbual ditangga, nanti dipinang orang diserambi rumah saja

LELAKI



  • dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk

  • dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan

  • dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit

  • dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu

  • dilarang tidur ditengah padang, nanti mati emak

  • kalau tak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang

  • makan bertindih pinggan, nanti beristeri dua

KANAK-KANAK



  • tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong

  • dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati

  • tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat

  • dilarang bermain atau keluar waktu senja, nanti disorok hantu

  • dilarang makan kepala ikan, nanti jadi bodoh

  • dilarang memotong kuku pada waktu malam, nanti pendek umur

  • tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung

  • dilarang duduk diatas bantal, nanti punggung terkena bisul

  • hempedal ayam tak boleh makan, nanti susah bersunat

IBU MENGANDUNG



  • jangan memukul , mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikuatiri anak yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan

  • jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikuatiri anak yang bakal lahir akan mengalami kecacatan juga

  • jangan bergaduh dengan ibu mertua atau jiran tetangga, dikuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak

  • jangan melintas bawah ampaian, nanti anak gagap

  • jangan melihat gerhana, nanti dikuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling

LAIN-LAIN



  • makan pisang kembar, nanti akan beranak kembar

  • tidur selepas makan, nanti perut buncit

  • makan pedal ayam, nanti mengantuk ketika bersanding

  • makan sisa anak, nanti anak degil

  • makan dalam belanga, nanti dapat anak rupa hodoh

  • makan dalam pingan sumbing, nanti dapat anak sumbing

  • jangan makan nasi disenduk, nanti payah dapat rezeki

  • makan mencangkung, nanti payah dapat rezeki

  • makan berlunjur, nanti jadi pemalas

  • makan tak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu

  • makan pada waktu maghrib, makan bersama hantu

  • jangan tidur diatas pokok ketika sesat dihutan, nanti dilapah hantu

  • dilarang bercakap besar ketika dihutan, nanti mendapat bencana

  • pantang bersiul dihutan, nanti disambar langsuir

  • jika terdengar sahutan ditengah hutan, jangan dijawab, dikuatiri suara hantu

  • jangan mengambil batu atau benda aneh dihutan atau dilaut, dikuatiri berpenunggu

  • dilarang menegur sesuatu yang aneh atau yang ganjil dihutan, nanti dirasuk atau mendapat malang

  • jangan bergendang dalam rumah, nanti dikuatiri rumah dimasuki pencuri


p/s: MASIH INGAT KANN ??? hehehe ;)




by: shafyfymie

WAJIB DATING ! haha

khas untuk si ucuk saiaa !! hehe SYAHMI



Firstly, makasehhh kamu kamu kamu dan kamu semua sebab sudi ceroboh blog aku secara rela hati . * BE MY FOLLOWER, DEAR ;) hehe;p


And lastly thanks a lot to Allah , thanks to my family and thanks to HIM because made my life like CANDY ! wahh ! sweet gituuu .. ! eheeeee i love you all :)



Ok ! mulakan berceloteh ;)

aku seronok sangat si dia dapat balik untuk cuti study week before final exam !


*study kah kamu sayangg ?? hehehe study la sangat kann .. DATING terus terusannn tanpa henti ! hahaha


thanks sayangg .. walaupun final exam lagi 2 minggu , tapi kamu tetap sudi dating dengan saya hari² sepanjang kamu cuti neh kann.. *except friday ! :)



hari² kami akan bosan kalau tak pergi TENGOK WAYANG && dating TEPI PANTAI or TASIK ! hehehe syok²!! *release tension kan sygg ! eheeee i love you busuk ! ;)


haritu kami tengok cerita nehhh ;))



30 March 2011 -------------------31 March 2011 *bujal & kamil*


03 April 2011----------------------------------07 April 2011



dan haritu kami pergi release tension dekat sini :))


Taman Tasik Shah Alam ^_^



Pantai Morib, Banting ^_^



happy sangat !! awak jangan tinggalkan saya tauu ;))


saya sayang awak sorang jehh ! i love you sygg :)




by: shafyfymie

BERITA PALSU !

OK AKU SAKIT HATI DENGAN ENTRI KALI NI !!


CNN: Tokyo, gempa bumi pada tahap 13s.r . 9malam tadi (6april2011) ! 5 logi nuclear hancur . 20 juta orang terbunuh . Radiasi tersebar ke Asia , AS dalam masa 5 jam . FORWARD SMS ini sebab ANDA SUDAH TERKENA !!!


huhhh .. SUMPAH aku sakit hati . Excited gila kot aku baca mesej tu . Aku ni dah la tak tengok berita ! tak baca surat khabar !

Sumpah aku tak faham apa motif dorang buat mesej / berita palsu macam tu semata mata nak kena kan orang . Hurmmm ..

Sorry to my friend . I know its not your fault . urmmm .. tah laa .. taktau nak kata apa pasal neh .




by: shafyfymie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...