♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

Mari Dengar Cerita Zaman Dulu Kala =)


Nenek Moyang kita dulu suka bagi pesanan , kadangkala pesanan mereka macam tak masuk dek akal dan kadangkala macam nak menakut-nakutkan kita saja ! tapi ternyata ada betulnya pesanan mereka itu . Dan mungkin pesanan mereka masih kuat dalam ingatan kita kan ;) Mari baca ! ;)


PEREMPUAN


  • dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin dengan orang tua

  • dilarang makan leher ayam, nanti leher terkulai dipelamin

  • dilarang makan kerak nasi, nanti dapat anak bodoh

  • dilarang mencari kutu ditangga, nanti dapat suami berumur

  • dilarang bercermin didepan cermin retak, nanti wajah pucat dimalam pengantin

  • dilarang memakai baju basah, nanti badan berkurap

  • dilarang memakan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang

  • dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai

  • dilarang meletak pinggan diatas telapak tangan, dikuatiri nanti akan merampas suami orang

  • dilarang meletak pinggan diatas riba, nanti suami diambil orang

  • dilarang menjahit pada waktu senja, nanti mata akan rabun

  • pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh

  • pantang berbual ditangga, nanti dipinang orang diserambi rumah saja

LELAKI



  • dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk

  • dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan

  • dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit

  • dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu

  • dilarang tidur ditengah padang, nanti mati emak

  • kalau tak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang

  • makan bertindih pinggan, nanti beristeri dua

KANAK-KANAK



  • tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong

  • dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati

  • tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat

  • dilarang bermain atau keluar waktu senja, nanti disorok hantu

  • dilarang makan kepala ikan, nanti jadi bodoh

  • dilarang memotong kuku pada waktu malam, nanti pendek umur

  • tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung

  • dilarang duduk diatas bantal, nanti punggung terkena bisul

  • hempedal ayam tak boleh makan, nanti susah bersunat

IBU MENGANDUNG



  • jangan memukul , mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikuatiri anak yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan

  • jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikuatiri anak yang bakal lahir akan mengalami kecacatan juga

  • jangan bergaduh dengan ibu mertua atau jiran tetangga, dikuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak

  • jangan melintas bawah ampaian, nanti anak gagap

  • jangan melihat gerhana, nanti dikuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling

LAIN-LAIN



  • makan pisang kembar, nanti akan beranak kembar

  • tidur selepas makan, nanti perut buncit

  • makan pedal ayam, nanti mengantuk ketika bersanding

  • makan sisa anak, nanti anak degil

  • makan dalam belanga, nanti dapat anak rupa hodoh

  • makan dalam pingan sumbing, nanti dapat anak sumbing

  • jangan makan nasi disenduk, nanti payah dapat rezeki

  • makan mencangkung, nanti payah dapat rezeki

  • makan berlunjur, nanti jadi pemalas

  • makan tak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu

  • makan pada waktu maghrib, makan bersama hantu

  • jangan tidur diatas pokok ketika sesat dihutan, nanti dilapah hantu

  • dilarang bercakap besar ketika dihutan, nanti mendapat bencana

  • pantang bersiul dihutan, nanti disambar langsuir

  • jika terdengar sahutan ditengah hutan, jangan dijawab, dikuatiri suara hantu

  • jangan mengambil batu atau benda aneh dihutan atau dilaut, dikuatiri berpenunggu

  • dilarang menegur sesuatu yang aneh atau yang ganjil dihutan, nanti dirasuk atau mendapat malang

  • jangan bergendang dalam rumah, nanti dikuatiri rumah dimasuki pencuri


p/s: MASIH INGAT KANN ??? hehehe ;)




by: shafyfymie

♥SHARING is CARING♥

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...