♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

PELUPA ! >.<'



Entri kali ni aku nak cerita pasal kelemahan aku , iaitu PELUPA ! 
Ok, memang sakit hati plus plus plus sakit kepala bila benda yang baru sekejap tadi aku buat , boleh pulak lupa ! aduhaiii .. Susah bila mengalami symptom ''short term memory'' nehhhh >.< tekanan dohhh ... Kadang-kadang benda ni semua boleh jadi gaduh ! mana tak nya , sampai orang sakit hati asyik kena ulang atau ingatkan aku saja . Seriously , bukan aku sengaja tak ingat , tapi aku betul-betul tak ingat ! i'm so sorry Y_Y

   Bulan Julai ni genap setahun aku kerja dengan ayah aku & genap 2 tahun aku bersusah senang, bergelak bertinju bergossip , bertikam lidah , bercekik cubit dangan si dia . Aku harap sangat-sangat aku tak akan lupa tarikh anniversary kami nanti . Risau si dia terasa . Tapi insyaallah aku tak lupa , sebab aku da set reminder dekat handphone ! haha actually bukan aku yang ingat . Tapi handphone yang tolong ingatkan ;p Pasal kerja pulak , sampai sekarang aku tak boleh nak ingat company ini buat projek belah mana , company tu buat projek belah mana pulak ! haishhh focus focus focus ! >.<

  Kat rumah aku tuh, yang selalunya jadi mangsa kena tanya macam-macam tu mama aku lah . Aku yang letak barang tu merata-rata , lepastu tanya orang lain pulak ! Macam kes tadi lah . My dad suruh bayarkan bil Maxis , aku dengan poyo nye berkata , 'ok yah .. jap lagi akak pergi bayarkan lepas amik baby ye' ...... Tapi lepas amik baby (adik aku) , boleh pulak aku balik terus tidur ! Dah bangun tuh confirm lah dah lewat petang kan . Lama giler lah aku tidur dari pukul 1pm - 6:55pm ! ( ni la akibatnya bila kerja dengan bapak sendiri =.=) After that, Aku bangun dengan buat muka slumber aku , aku pergi dapur cari makanan . Gaya ala-ala orang tak bersalah . Sekali terpandang bil maxis atas meja makan , baru teringat aku TERlupa nak pergi bayar bil ! cissssss ... Memang tak jadi makan lah kan . Aku naik atas , mandi laju-laju , siap ala kadar jek (bukan ada orang nak ngorat punn) , aku terus capai kunci kereta . Tengok jam dah pukul 8pm . Aku letak kunci entah kat mana , aku terus naik balik . Panggil adik lelaki aku untuk temankan bayar bil and pergi office sekejap . Then turun balik , mula lah geledah satu rumah disebabkan nak cari kunci kereta yang aku letak merata-rata tadi ! rupa-rupanya elok jek kunci tu ada kat tempat asal ! cisss .. biler masa tah aku letak kunci tu kat situ ! aduyaiii ..

  Balik dari bayar bil maxis tuh , aku singgah office kejap . Niat dihati nak print dokumen yang nak kena submit esok . Then nak bawak balik file kerja yang patut dibereskan secepat mungkin . Tapi ni lah masalah aku . Dah sampai office , benda yang aku tuju tu adalah benda first yang ada dalam kepala hotak aku ni . Iaitu print dokumen ! dah siap print , relax jek aku shut down PC , then switch off lampu apa semua , kunci pintu lepastu balik ! dah sampai rumah , boleh pulak teringat kat file yang aku cadang nak bawak balik tuh ! adussss ... nak keluar balik tu memang tak lah kan .. fifi .. fifi ...

  Kadang-kadang bila aku fikir balik , apepasal la aku ni cepat sangat lupa . Orang kata aku ni banyak fikir and suka fikir benda yang tak perlu ! choii .. Paling koman pon aku selalu fikir pasal boyfriend aku si GEM tuh jek ;p or fikir kejap lagi nak amik adik aku balik tadika , lepasni nak jumpa orang , lepastu nak ke sana ke sini . And lepastu mama aku ada kirim suruh beli sayur . Ayah suruh tolong pergi company pemaju or whatever lah pasal kerja . 

  Aku taktau cara macam mana lagi nak bantu otak aku untuk save ingatan bebanyak . Bukan aku tak pernah cuba nak kuatkan ingatan aku ni . Aku selalu cuba . Tapi still jugak tak boleh . Siapa kata tak tension bila alami situasi macamni . Sedangkan kalau kita nak ingatkan balik sesuatu tuh , sampai berkerut-kerut dahi nak mengingatkan benda tuh . Ni kan lagi aku . Lagi dipaksa , lagi lah terus lupa . Buku nota aku tak payah kira lah kan . Taktau dah berapa banyak aku beli semata-mata nak catit apa yang perlu aku buat dalam satu hari tu, esok atau bebila lah. Sampai bila aku nak bergantung dengan buku nota , diary or reminder handphone ! Aku dah try alternative lain , aku hari-hari amalkan makan kismis , minum air zam-zam . Tapi still sama jugak . Nak try ubat-ubatan lain , seram pulak .. Susu ? errr .. sorry tak suka . haihhh

   Sesiapa yang pernah ada masalah macam aku ni , tolonglah kongsi-kongsi kat aku, macam mana nak atasi symptom-symptom 'short term memory' nehh .. Aku dah boring sebab asyik lupa jek .. Penat tahu tak nak kena rewind balik benda yang dah HILANG ! ;(






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...