♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

Selamat Hari Raya 😘

Hai Assalamualaikum bloggers ✌️
Selamat hari raya maaf zahir dan batin ye semua .. 

Saya minta maaf kalau kalau kata kata saya terguris hati kalian . Saya hanya manusia biasa yg sering lakukan kesilapan tanpa sedar ataupun tidak .

Raya tahun ni seperti biasa jerr .. Takde kurang takde lebih . Masih dalam mood bersederhana shj .

Raya tahun ni tak semeriah tahun tahun lalu . Mama dan adk saya si baby tu demam lak . So kurang la berjalan beraya tu .. Gulahati saya pulak jauh kat kampung ibu ayah dia . Raya ke 6 baru dapat jumpa . Beraya terus ke rumah dia . 

Harini saya dah kena balik banting balik . Sebab nak pergi beraya kt kampung . Semalam mama da gerak kolam dulu . Saya tak gerak lagi sebab nak pergi beraya rumah gulahati saya tu .

Kebetulan abg sedara gulahati saya nak hantar kereta dekat TUDM Banting . Alang alang dah nak dekat dgn kampung saya , diorang hantar saya terus .

Ingatkan nak suruh hantar kat rumah nenek . Sekali nak suruh si gulahati beraya rumah nenek saya . Abg sedara si gulahati nak balik cepat pulak . Sebab dia masuk kerja pukul 4pm . Terpaksa ler diorang hantar saya kt kolam jer .

Dah sampai kolam tu , diorang taktau jalan balik lak . Terpaksa ler guide diorang ke jalan luar . Sebab tadi lalu jalan pulau carey . Diorang taktau sgt jalan tu . 

Lepas hantar diorang keluar , saya terus gerak balik kolam balik . Sebab tadi bawak kereta ayah . Takut ayah nak keluar pergi memana lak . Sampai sampai kolam terus makan .. Tolong tolong sikit kat depan , then masuk rumah terus lelap sampai ke maghrib . 

Ingatkan nak pergi beraya dalam pukul 8pm . Ayah lak tengok badminton . Lepak rumah nenek kejap . At last pukul 10.30pm baru gerak beraya . Tu pun sebuah rumah je dapat pergi . Kampung kannn .. Confirm lah diorang jenis tidur awal .. 

Pukul 11 lebih gak la kat rumah sedara tadi . Pastu balik jap rumah nenek , ambil baju baju saya . Pastu terus gerak kolam . Kemas apa yg patut . Then balik Klang . 

Letih lak rasanya . Haha okey lah . Penat mengarang online diary ni . Ada masa saya membebel lagi ye .

Assalamualaikum dan selamat hariraya maaf zahir dan batin yaaa ✌️✌️

Tunang tak jadi ? Apa ceritaaaa

Hai , Assalamualaikum incik blog ku ... Lama tak bersua . Maaflah dah lama tak update awokk .. Sekarang saya dah ada orang yg sudi dengar saya membebel hari hari .... Heheheh 😋 

Dia adalah GulaHati saya :)

Hmm .. Aku ada benda nak cerita ni . Cerita yg perit nak cerita kat si gulahati tu . Aku pun taktau apa perasaan aku sekarang . Sedih atau gembira . Hmm ..

Harini 20/04/2014,
Hari sepatutnya rumah aku dipenuhi ramai saudara mara . Rumah berkecah . Kanak kanak lari sini sana . Hmm .. 

Bila ingat memang sakit hati . Tapi gulahati ku , awak jangan risau . Awak saje yg saya ada sekarang . Dalam hati dan fikiran saya . 

Harini sepatutnya aku bergelar 'tunang' orang . Haha Macam kelakar jer .. Sedih ker aku ni ? Taklah . Aku bahagia tak bersama dia . Trust me :)

Kenapa aku bahagia tak bersama dia ? Adehh .. Aku pun tak mampu nak jawab . Dan aku pun tak mampu nak jawab bila orang tanya , "sejak kau kenal dia , apa erti bahagia yg kau dapat sejak bersama dia tu ?" -kosong- . Seolah olah aku taktau bahagia tu apa .

Betul kata orang , setiap yg duka itu Allah akan gantikan dengan kebahagiaan . Allah akan bagi kita orang yg benar benar sayangkan kita , dan kita benar benar sayangkan dia .

Kebahagiaan itu datang bila kita saling mencintai orang yg benar benar kita sayang . 

Setiap kekurangan itu boleh diperbaiki . Bukan tunggu kahwin nanti baru nak berubah , baru nak perbaiki . Dari sekarang orang menilai . 

Sedih ker aku duit banyak habis beli itu beli ini ? Tak kotttt .. Bahagia :) 

"Kenapa tak teruskan jer bertunang walau dengan orang lain ? Barang semua dah ada kan ..."

Memang barang semua dah ada . Tapi tak mungkin kot aku akan pilih tarikh yg sama walau bukan dengan orang yg sama .

Aku sikit pun taknak ingat cerita lama . 

Kini aku bahagia . Cukup bahagia . Mulut mulut jahat dan jari jari jahat yg cerita tentang aku tanpa usul periksa tu aku sedia maafkan . 

Takkan semua benda aku nak cerita kat korang semua kannnn .... ? So fikir ye .. Tak baik tau tuduh orang tanpa usul periksa . Aku tau kawan korang tu baik . Walau lama mana pun korang kenal dia , korang tak mungkin kenal 100% luar dalam dia . 

Begitu jugak kawan kawan aku . Mereka kenal aku dari aku kecil sampai sekarang . Tapi tak semestinya mereka kenal luar dalam aku . Dan takkan aku nak tunjuk perangai buruk aku depan orang . Ye dokk ? 

Aku boleh ketawa terbahak bahak depan orang . Tp sorang pun tak tahu betapa sentimentalnya aku sebenarnya .

Takpelah, moga Allah dapat ampunkan korang yg mengata tanpa usul periksa pasal aku tu ye .. Amin .. 

Mulakan hidup baru . 
Assalamualaikum.

Penutup Segala

Assalamualaikum bloggers . 

Lama tak bercerita kisah hidup saya dekat sini . Alhamdulillah saya sihat sihat sajerr .. 

Kehidupan mula berubah . Putus sudah satu ikatan yg telah lama terjalin . 

Semua telah tertulis bahawa dia bukan jodoh saya .

Jangan salahkan dia . Jangan salahkan saya . Masing masing ada buat silap . Manusia tidak lari daripada buat kesilapan .

29 Julai 2010 - 25 Februari 2014 

Tak ada apa yg saya nak ceritakan . Cukuplah jangan siksa hati saya lagi . Dan tolonglah jangan paksa hati saya lagi . Saya berubah hati semua bersebab . 

Untuk mak ayah si dia , keluarga si dia . Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . Halalkan makan minum saya . Masa terluang kamu semua utk saya dulu . Saya tak pernah benci kamu semua . Sikit pun tak terlintas utk buang kamu semua dari hidup saya .

Utk kawan kawan si dia , terima kasih kerana memahami situasi saya . Percayalah segala yg berlaku bkn saya yg pinta . Semua kerja DIA . Tolong jangan salahkan saya . 

Utk awak , terima kasih kerana kejutkan saya dari lena yg panjang . Terima kasih kerana sedarkan saya yg saya perlu bangun utk berubah . Terima kasih selalu ada utk saya . Terima kasih utk segalanya . Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki . Maafkan saya sbb banyak lukakan hati awak dgn sikap saya , degil saya dan semua tentang saya . Percayalah , awak akan temui juga org yg lebih menerima buruk baik awk lebih dari saya lakukan selama ni . 

Kepada yg terasa hati dgn saya , ampunkan saya dunia akhirat .

Assalamualaikum,
FIFI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...