♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

terima kasih, KAWAN BAIK !


Aku sebenarnya malas nak buat entri pasal ni .. Sebab aku rasa aku masih lagi boleh sabar dengan semua tu .. Tapi macam mana nak cakap eh ? Aku da TERsakit hati pulak bila benda yang bagi aku sensitif tu dorang boleh buat main-main ! Aku mungkin boleh senyum lagi depan korang . Tapi SUMPAH aku sakit hati + makan hati dengan ayat tu . Terima kasih la sebab dah malukan aku .. Prinsip aku , aku takkan malukan benda sensitif pasal kawan kawan aku dekat depan orang lain , lagi lagi dekat boyfriend aku sendiri . Kau ingat aku tak tahu ke selama ni kau da malukan aku depan orang yang kau sayang sangat sangat tu ! Masa kau pinjam handphone aku , kau kata nak mesej boyfriend kau sebab kau takda kredit . Ok fine , aku bagi .. Tapi berapa hari lepastu , aku nak delete mesej mesej dekat sent item , aku ada TERbaca mesej yang kau pernah hantar kat boyfriend kau tuh ! Ya Allah, sumpah aku sakit hati wehh .. Aku ingat kau kawan baik aku . Kawan baik yang boleh simpan rahsia dan tak mengaibkan aku . Ternyata aku salah . Kau sendiri yang COP aku sebagai ***** dekat boyfriend kau kan .. Tu baru pasal boyfriend kau . Ni belum lagi kawan kawan HOT kau . Urm , sorang lagi tu pon sama .. FACEBOOk jadi tempat untuk malukan aku depan boyfriend aku , dan depan public kan .. urmm .. Tah laa .. Aku tak tahu aku nak kata macam mana lagi .. Aku rasa aku langsung tak boleh nak benci korang sebab aku sayang kawan kawan aku . Aku tak sangka lak korang sanggup malukan aku macam ni ..


Maaflah kalau aku selalu buat korang sakit hati dengan gurau gurau aku . Dengan kasar perangai aku . Mungkin dengan cara tu kott yang boleh korang balas dendam kt aku kann .. Ok fine , aku tak kisah .. Korang buat la kalau korang rasa korang HAPPY :)


Malam yang kita semua lepak kat Suria tu, aku rasa tu malam last aku lepak dengan korang . Sebab aku da nak start sem baru . Jadual memang padat . Lepas habis sem 3bulan tu , aku ada FINAL PROJECT pulak . Memang aku akan tak ada masa langsung nak lepak dengan korang sampai akhir tahun . urmm .. Aku harap malam tu malam paling best bagi aku .. Tapi tah laa .. Baru sampai tempat lepak jeh da makan hati .. Selalu orang suka dan bangga bila 'orang cakap yang pasal kita' . Tapi aku tak .. FAKE SMILE jeh yang mampu aku bagi masa tuu ..


Aku sakit hati sangat sangat sebab orang lain yang dulunya suka malukan aku tuh sekarang dah TAK malukan aku macam korang buat ney pon .. Korang kawan baik aku . Orang yang selalu dekat dengan aku .. Tapi macamni pulak jalan ceritanya . Ok la .. Aku tak kisah .. Aku maafkan korang dan aku mintak maaf kalau aku ada buat salah kat korang ehh ..






by: shafyfymie

MU vs BARCA



Ok , aku tak nak cakap banyak ! korang pilih la team mana yang akan balik rumah cuci kasut bola masing-masing dulu ! eheeee;p
MANCHESTER UNITED or BARCELONA FC ??








VS






Korang rasa team mana yang banyak BOLOS malam ni ??? hehehe ;))
Aku tak tahu nak kata aku minat team mana sebab dulu aku FANS Barcelona FC ! upss;p
Sekarang aku cuba berjinak-jinak burung merpati ke MANCHESTER UNITED pulak ! haha ;D


TAK SABAR NAK TUNGGU RESULT MALAM NI !
|
|
|
\/

MANCHESTER UNITED or BARCELONA FC ??????





p/s: Jika anda rasa kemenangan malam ni berpihak kepada MANCHESTER UNITED , silalah LIKE button di bawah ya ;)) TQ



by: shafyfymie

Terfikirkah kamu, mengapa lelaki CURANG ?



Pernahkan kamu semua terfikir, mengapa lelaki berlaku CURANG ? Adakah mungkin wanita diluar sana lebih cantik dari anda ??






"ramai wanita menjawab, "Nama pun lelaki, memanglah curang ! tak boleh
percayai !!"
namun yang ternyata jawapan itu tidak akan membuat wanita merasa tenang juga kan ?? Menyakitkan hati lagi ada. In general, it's down to individual.."



pada pendapat saya, ianya adalah lebih kepada suka-suka pada mulanya saja .. Kerana saya rasa setakat ini, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab atau alasan yang kukuh mengapa mereka berlaku curang . Malah jika ditanya lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi semua tak masuk dek akal ! kebanyakkan dari mereka pon tak tahu sebab utamanya ..

"Saya rasa ianya mungkin kerana, pasangannya dah gemuk tidak seperti di awal perhubungan ??"


Jujur saya kata, kalau saya ini lelaki pun saya taktahu nak bagi alasan apa ! hehe


Kadang-kadang terasa nak tergelak dengan alasan dari beberapa orang lelaki apabila tertangkap berlaku curang .



Saya pasti kita semua pernah dengar alasan seperti, "I rasa tersisih sejak kita ada baby..you lebih pentingkan baby daripada I..Tu pasal la I cari BABY lain !" hehe

Yes, memang dorang tahu apa yang dorang nak .. tetapi untuk memberi sebab utama , itu sangat sukar ! mulalah "idea habat-hebat" datang memberi alasan yang berbagai dan tak masuk dek akal tuhh ..
contohnya :-




Kata lelaki, masa awal-awal dan masih cinta..




  • "kalau you busy macamana pun.. takpa, I tunggu !"


  • "you tak pandai masak pun takpa, kita boleh makan luar je"


  • "I tetap akan cintakan you walaupun fizikal you berubah"


  • "I suka you sexy, menaikkan semangat I tau !"


  • "I'am a good listener, you can talk anything to me"


Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang..





  • "you selalu busy, I kesunyian so I cari lain lah !"


  • "you tak pernah nak masakkan untuk I , so 'makan' luar lah !"


  • "you da gemuk ! I nak yang slim-slim je !"


  • "pakaian you terbukak macamana pun , semangat I da hilang kat you !"


  • "you cakap banyak sangat.. bingit telingit I ! BOSAN !!!!"


Cepat je berubahnya yee ... terkena kaum lelaki nehh ! hehehe Chill laa .. Saya bukan nak salahkan sesiapa cuma saya sendiri tertanya-tanya, kenapa lelaki sering berlaku curang?!



Tidak ingatkah lelaki pada saat manis mereka dulu-dulu ? Mengapa mesti lelaki curang sehingga sanggup melukakan hati wanita ?? Ada satu dialog yang saya pernah terbaca.. Kedengaran agak melucukan tetapi setiap kata-katanya terdapat mesej yang telah disampaikan secara tidak sengaja kepada public ! Ini tentang seorang lelaki yang bernama Encik Harun(bukan nama sebenar) yang pernah berlaku curang dengan isterinya sehingga membawa kepada pernikahan yang ke-2 !





  • "Encik Harun, best ke ada dua isteri ni?"


  • Jawab Encik Harun, "dalam 10, sedapnya hanya 1.. tak sedapnya ada 9 !"


  • "Habis tu, buat apa Encik Harun kahwin lagi satu kalau dah tahu banyak yang tak sedap?"


  • Encik Harun menjawab, "masa tengah gatal dulu, tak tahu... jadi saya kahwinlah lagi satu .. tetapi setelah setahun berkahwin, dah ada anak.. rupa-rupanya sama saja . Balik-balik jadi macam bini pertama jugak...! Sekarang mulalah nak menggatal cari yang ketiga hahaha!


  • "hai Encik Harun ... biar betul !"


  • "Hehehehe ... gurau aje ... aku pon dah tak larat !" kata Encik Harun


Jadi, kesimpulannya hari ini, biasanya ..





"you berlaku curang hari ini, bahagianya atau 'SEDAP' hanya
seketika. Hakikatnya apabila you bersama dengan orang yang you rasakan paling cantik, lawa dan masih sexy itu.. Apabila sudah beberapa lama, you akan jemu jugak akhirnya !"



Mungkin itu adalah jawapannya !! LELAKI CURANG SEBAB MEREKA CEPAT JEMU DAN BOSAN dengan wanita yang sama sepanjang hidupnya.. Bila dah jemu, mulalah cari yang lain . Yang mana sebenarnya, dan selepas itu..yang lain itu adalah wanita yang sama saja ! kesian orang perempuan ni kan ... ;(



Beberapa Tips untuk mencuba - untuk lelaki :



Carilah wanita yang kamu rasa selesa bila bersamanya . Luaran dan dalamannya . Segala yang kamu suka tentangnya . Suka cara dia percakapannya , cara dia berfikir , lenggoknya , suka personalitinya ... suka semualah ! Kemudian bayangkan kamu menjalani hidup bersama .. kalau boleh nampak kebahagiaan itu , saya pasti cinta akan hadir sendiri, mengikat hati anda berdua :)



Beberapa Tips untuk mencuba - untuk wanita :



Pandai-pandailah mengubah cara penampilan anda supaya pasangan anda tidak jemu-jemu memandang anda . Tukar-tukarkan cara pemakaian , style rambut/tudung , ubah cara sentuhan dan panggilan ! Pelbagaikan pula perkara yang dilakukan , tempat yang dikunjungi , persoalan yang diperbualkan . Kalau semua perkara itu sudah biasa dilakukan , cuba perkara yang luarbiasa pula . Barulah pasangan anda tidak jemu ... hehehe ;)




p/s: anda suka , anda LIKE saja entri ini :)




by: shafyfymie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...