♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

♥ SAHABAT SELAMANYA ♥


"AKU SAYANG KAU SANGAT SANGAT KA, SAYANG SANGAT.. 
TAK ANGKAT CALL SEMALAM SEBAB TAKUT KAU BISING SEBAB AKU DAH START KERJA .
MULUT MACAM MAK NENEK!! 
JAGA DIRI KA,
KERJA BAIK BAIK TAUUUU"


Alahaii Mariam ... Kau buat aku rindu zaman kita kecik kecik dulu .. Dulu kita selalu main perang perang kannn .. hihihi Geng geng kau semua perempuan .. Geng geng aku semua lelaki .. Geng kita tu adik beradik dan sesedara kita jugak kan .. Haha kelakar jek bila teringat balik zaman hingusan dulu :p

Tak sangka sekarang kita still bersama . Walaupun pernah terpisah dalam 2 ke 3 tahun tah .. Tu pun disebabkan ex boyfriend kau yang tak kasi kau berkawan sangat kann .. sedih aku tauu ..

Bulan lepas aku aku terdengar berita yang sangat sangat boleh buat aku heart attack kau tahu takk .. Macam mana lah kau boleh accident ni yamm .. Risau aku .. Aku yang tak makan apa lagi tuh , balik kerja terus tukar baju , cuci muka cepat cepat , then terus jumpa kau dekat wad .. yam .. yam .. 

Selama kau terlantar dekat rumah , masa tu jela yang aku mampu lepak dengan kau , borak borak dengan kau .. Kau tahu tak aku rindu kat kau .. Sangat sangat rindu .. Tapi takde lah selalu sangat aku datang rumah kau .. Kadang kadang kalau penat sangat , aku balik rumah terus tidur je .. hihi kantoi tak mandi :p

Bila la kita boleh macam dulu lagi kan yam .. Kemana mana selalu bersama .. Sampaikan orang ingat kita ni adik dan kakak .. hihi Rindunya lah .. Sebelum aku jadi isteri orang , selagi tu aku nak habiskan masa dengan kau dan kawan kawan aku yang lain ... Sebab aku tahu , lepas aku dah jadi isteri orang , aku kena jaga hati suami aku daripada jaga hati kawan kawan aku .. Aku harap kau faham ye .. Aku harap kau ingat dan tahu yang aku sangat sayang gilerrrrrrr dengan persahabatan kita .. 

Musuh boleh dicari . Sahabat yang baik memang susah nak cari :)

Kau janji ye yam .. Jadi pengapit aku !! hihi yang penting kena tambahkan ketinggian kau tu laa .. Risau risau lain yang kau kipas kanggg .. haha maap yam .. Gegurau jekk :p

Kita kawan sampai bila bila yeeeeee ... love you 














Penderaan Mental IbuBapa


Harini aku nak cerita, tanya dan nak luahkan pendapat yang tak seberapa ni .. Actually cerita ni berkisarkan tentang masyarat kini yang seringkali menghantar anak anak mereka ke rumah ibu / ibu mertua mereka . 

Oh please .. Aku cukup tak gemar dengan situasi macamni .. Kenapa perlu korang menghantar anak anak korang ke rumah ibu / ibu mertua korang sendiri ? Diorang ke yang melahirkan anak anak korang ? Tak kesiankah korang dekat ibu / ibu mertua korang yang telah membesarkan korang sejak dalam rahim dia lagi ? Sepatutnya umur lingkungan ibu ibu kita sekarang ni bukan masanya untuk menjaga / melayan kerenah anak anak korang yang banyak ragam tu . Sekarang masanya untuk ibu ibu kita berehat .. Kita sepatutnya yang menjaga dan merawat mereka . Bukan mereka yang buat semua tu dekat kita atau anak anak kita ..

Maaflah , memang aku belum kahwin dan belum punyai anak lagi . Tapi tak pernah ke korang terfikir bebanan yang ibu ibu kita tanggung selama ni ? 

Ya ! sepatutnya kita tak boleh duduk sebumbung lagi dengan ibu bapa kita setelah kita sudah berkahwin . Sebab , dari situ kita boleh belajar hidup berdikari . Susah senang bersama . Fikir macam mana nak atasi masalah yang melanda . If da ada anak , lagi advance . Nak anak , kena la pandai jaga . Takkan nak lepas tangan suruh ibu / ibu mertua korang jaga pulak .. Diorang bukan pusat asuhan kanak kanak . Diorang jugak bukan orang gaji yang senang dibayar utk diarahkan menjaga , membasuh baju , cuci najis dan menjaga makan minum anak anak korang .

"alaa .. kitorang bukan tak kasi mak / mak mertua kitorang duit sikit sebab dah tolong jagakan anak anak kitorang .." kata cik kiah dengan bangganya ..What ?? korang ingat ibu / ibu mertua korang tu siapa ? 

Kalau ibu / ibu mertua korang rela hati nak jaga anak anak korang sekalipun, aku percaya , tu hanyalah pada awalan saja . Sebab mereka terlalu gembira dengan kehadiran "orang baru" a.k.a cucu mereka . Tolonglah mengerti bahawa kudrat warga emas bukan macam kudrat umur baya baya kita . Dan tolonglah wujudkan walau sedikit perasaan belas kasihan terhadap ibu bapa / ibu dan bapa mertua kita sendiri . 

Ok stop ! don't blame me at all . Aku hanya luahkan apa yang aku nampak .. Aku tak kisah pun korang nak kata "kau cakap senang la sebab kau belum kahwin lagi . Kahwin sekarang tengokkk .. Mampu kau nak bayar rumah pengasuh lagi , rumah sewa lagi , motor kereta lagi , bil belanja rumah lagi , api air lagi dan lagi lagi lagi" tetttt .. That's why aku masih belum kahwin lagi . Even aku tahu "kahwinlah anak muda , elakkanlah diri kamu dari dosa kecil, dosa besar, maksiat dan zina . Akan ada pintu rezeki terbuka luas setelah kamu di ijab kabulkan

Aku bukan taknak kahwin awal . Tapi aku tahu susah senang hidup setelah berumahtangga . Tolong jangan pikir lain yee .. Maksud aku , aku dah terbiasa lihat gelagat manusia disekeliling aku . Kadang kadang yang kahwin awal tu ada baiknya ada buruknya . Aku sedar aku masih lagi banyak kekurangan . Lagi lagi bab MASAK ! ok fine , tutup cerita . haha


Pesanan baik baik sayang : SYURGA dibawah telapak kaki ibu . Hargai, sayangi dan jagalah mereka seperti mana mereka telah bersusah payah menjaga kamu . 


psstt ... Jangan risau , aku dah sediakan cermin sebesar diri ku untuk dihalakan ke diriku sendiri :)



Adakah anda mahu ibu / ibu mertua anda dilakukan sebegini rupa ?
Nenek dipaksa mengasuh cucu (sumber Mr.Google)




Sebab utama saya TAKNAK kahwin awal , SAYA TAKUT BERANAKKKKKKK !! haha sakai kan ?
tapi dengan kejamnya incik kekasih kata jangan mengada ngada yeee ... orang kahwin awal sebab nak anak cepat ! wuuuu ..sayang , mengerti aku pleaseeeee :(





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...