♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

Penderaan Mental IbuBapa


Harini aku nak cerita, tanya dan nak luahkan pendapat yang tak seberapa ni .. Actually cerita ni berkisarkan tentang masyarat kini yang seringkali menghantar anak anak mereka ke rumah ibu / ibu mertua mereka . 

Oh please .. Aku cukup tak gemar dengan situasi macamni .. Kenapa perlu korang menghantar anak anak korang ke rumah ibu / ibu mertua korang sendiri ? Diorang ke yang melahirkan anak anak korang ? Tak kesiankah korang dekat ibu / ibu mertua korang yang telah membesarkan korang sejak dalam rahim dia lagi ? Sepatutnya umur lingkungan ibu ibu kita sekarang ni bukan masanya untuk menjaga / melayan kerenah anak anak korang yang banyak ragam tu . Sekarang masanya untuk ibu ibu kita berehat .. Kita sepatutnya yang menjaga dan merawat mereka . Bukan mereka yang buat semua tu dekat kita atau anak anak kita ..

Maaflah , memang aku belum kahwin dan belum punyai anak lagi . Tapi tak pernah ke korang terfikir bebanan yang ibu ibu kita tanggung selama ni ? 

Ya ! sepatutnya kita tak boleh duduk sebumbung lagi dengan ibu bapa kita setelah kita sudah berkahwin . Sebab , dari situ kita boleh belajar hidup berdikari . Susah senang bersama . Fikir macam mana nak atasi masalah yang melanda . If da ada anak , lagi advance . Nak anak , kena la pandai jaga . Takkan nak lepas tangan suruh ibu / ibu mertua korang jaga pulak .. Diorang bukan pusat asuhan kanak kanak . Diorang jugak bukan orang gaji yang senang dibayar utk diarahkan menjaga , membasuh baju , cuci najis dan menjaga makan minum anak anak korang .

"alaa .. kitorang bukan tak kasi mak / mak mertua kitorang duit sikit sebab dah tolong jagakan anak anak kitorang .." kata cik kiah dengan bangganya ..What ?? korang ingat ibu / ibu mertua korang tu siapa ? 

Kalau ibu / ibu mertua korang rela hati nak jaga anak anak korang sekalipun, aku percaya , tu hanyalah pada awalan saja . Sebab mereka terlalu gembira dengan kehadiran "orang baru" a.k.a cucu mereka . Tolonglah mengerti bahawa kudrat warga emas bukan macam kudrat umur baya baya kita . Dan tolonglah wujudkan walau sedikit perasaan belas kasihan terhadap ibu bapa / ibu dan bapa mertua kita sendiri . 

Ok stop ! don't blame me at all . Aku hanya luahkan apa yang aku nampak .. Aku tak kisah pun korang nak kata "kau cakap senang la sebab kau belum kahwin lagi . Kahwin sekarang tengokkk .. Mampu kau nak bayar rumah pengasuh lagi , rumah sewa lagi , motor kereta lagi , bil belanja rumah lagi , api air lagi dan lagi lagi lagi" tetttt .. That's why aku masih belum kahwin lagi . Even aku tahu "kahwinlah anak muda , elakkanlah diri kamu dari dosa kecil, dosa besar, maksiat dan zina . Akan ada pintu rezeki terbuka luas setelah kamu di ijab kabulkan

Aku bukan taknak kahwin awal . Tapi aku tahu susah senang hidup setelah berumahtangga . Tolong jangan pikir lain yee .. Maksud aku , aku dah terbiasa lihat gelagat manusia disekeliling aku . Kadang kadang yang kahwin awal tu ada baiknya ada buruknya . Aku sedar aku masih lagi banyak kekurangan . Lagi lagi bab MASAK ! ok fine , tutup cerita . haha


Pesanan baik baik sayang : SYURGA dibawah telapak kaki ibu . Hargai, sayangi dan jagalah mereka seperti mana mereka telah bersusah payah menjaga kamu . 


psstt ... Jangan risau , aku dah sediakan cermin sebesar diri ku untuk dihalakan ke diriku sendiri :)



Adakah anda mahu ibu / ibu mertua anda dilakukan sebegini rupa ?
Nenek dipaksa mengasuh cucu (sumber Mr.Google)




Sebab utama saya TAKNAK kahwin awal , SAYA TAKUT BERANAKKKKKKK !! haha sakai kan ?
tapi dengan kejamnya incik kekasih kata jangan mengada ngada yeee ... orang kahwin awal sebab nak anak cepat ! wuuuu ..sayang , mengerti aku pleaseeeee :(





♥SHARING is CARING♥

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...