Sekarang jam menunjukkan sudah pukul 1:04am . Sebenarnya belum pukul 1am pon lagi .. Memang saje aku cepatkan semua yang berkaitan dengan masa tu ke 10minit lebih awal . Sebab ! Aku ni jenis suka lengahkan masa dan suka buat kerja last minute ! haha normal lah kan .. Macam la korang tak pernah buat ;p
Harini dah masuk hari Khamis . Aku still lagi tak pergi kerja . Kenapa ? aduhh .. Macam mana nak cerita eh ? ahaa .. Sebenarnya aku tak berapa nak sihat . Sejak kebelakangan ni asyik sesak nafas je . Tak boleh kena angin kipas or aircond . Confirm penat ! sesak nafassss ! Ni kan lagi kena angin masa bawak moto . Fuhh .. Aku taknak ambil risiko . Walaupun rumah dengan opis tu dekat je . Tapi biarlah aku duduk rumah jek . Biarlah hanya aku, blog dan pembaca blog ni je yang tahu apa yang aku rasa sekarang ni . haihhh .. Kadang kadang aku rasa penyakit ni sebenarnya mengada ngada jek lebih . Sikit sikit sakit . Asyik nak kena dilayankan je semua ni . Tak layan kang aku gak yang menanggungnye . Tapi nak buat macam mana kan . Dah Allah nak uji aku dan orang sekeliling aku . Aku pon tak boleh la nak mengeluh memanjang .
Buat masa ni aku relax dulu dekat rumah . Mana file file kerja yang aku dah bawak balik haritu , tu jela yang mampu aku siapkan dulu . Nasib baik la ada kerani a.k.a awek adik aku bantu kat opis . Kalau tak , semput gak aku nak buat semua kerja ! aduhhh >.< Insyaallah kalau aku sihat esok pagi , aku masuk opis . Kesian pulak awek adik aku duduk sorang takde member nak gossip gossip ! tetttttt ;p
Hari selasa haritu Incik Kekasih , abang aku dengan sorang lagi pekerja kesayangan bapak aku tuh pergi tengok site dekat Johor . Ingatkan diorang pergi 2 hari 1 malam je . Rupanya khamis ni haa baru boleh gerak balik . Apa lagi tah masalahnye . Tapi nak buat macam mana kan .. Kerja .. Apa apa pun , Incik Kekasih balik nanti , dia kena belanja makan Kerabu Mangga ! takpun , kena belanja Buah Berangan madu ! uihhh dap nyeeeee ~ =D hahaha lain kali jangan berjanji dengan saiyaaa .... Akan ku tuntut jugak ! huahaha
Kita tengokkan je si Incik Kekasih tuu .. Kalau dia tak belikan , may be makan masa 14hari gak lah nak masukkan balik muncung yang sudah ready nak menunjukkan bakatnya neh =D heee lebiuu sygg ~ Pape pun WAJIB jagakan hati dan jiwa saya di sana yee .. Mata pun jaga jugak . Even saya tahu awak tak macam lelaki lain , tapi saya tetap nak risau jugak ! saya kan sayang awak ..... hehehe menggedik lak aku kat blog nehh .. Geli jek kan ! dush dushhhhh >.<
Okay lah . Aku nak pergi makan sekejap ! MAKAN ? dah pukul 1:32am ni cik fifi oiii .. Tak takut gemuk ke ?? hahaha Tu ayat ayat biasa kita dengar kannn ? Tapi aku memang nak gemuk sekarang ni . Aku telah kehilangan lemak yang aku ternak selama ini .. Fuhh ! sedih rasanya ... kuikuikui ;p Sekarang memang target nak naikkan berat badan macam dulu balik ! Tak kisah la apa orang nak kata . Memang lumrah manusia ni bersikap hipokrit ! Tak caya sudah .. haha Percaya tak percaya , aku tetap nak bagi contoh mengikut pengalaman hidup aku . huhu
DULU: weh gemok ! kau dah la gemuk . Asyik makan je tahu nye . Mana tak badan kau macam belon ! Risau risau takde lelaki nak dekat kau jek wehh ...
SEKARANG: weh asal kau kurus giler . Dah macam orang hisap dadah jek aku tengok ! Tak cantik doh kau kurus macamni .. Dulu lagi okay comel jee .. Serious weh, dulu lagi okey !
See, hipokrit kan ? well , nak buat macam mana . As long as 'aku tak mintak kau tanggung makan minum aku pun dah cukup sedang sedang elok untuk kau :)' Ahaaaa .. Bila jari aku dah menaip , memang lupa nak pergi makan kan cik fifi oiii ! hehe Bukan lupa . Tapi hati tengah membara bara nak menghabiskan jugak cerita pasal orang yang selalu kutuk aku gemuk la ape la tuuu ... Eeeee ... geram jek ! sabar sabar :)
Jemput makan yeee ^_^
MENU: Udang masak lemak cili padi kaw kaw . Tenkiu Mama
*Udang saiz king . Ambil 3 ekor pun dah cukup =)
NOTA SESIKU:Aku suka panggil orang tu 'gemok , gendut , boroi dan sewaktu dengannya !
Sebab , mengikut TEORI AKU , orang yang sering diejek sebegitu , mereka akan menanam dan membaja azamnya untuk menjadi yang terbaik dan terVogue dari orang yang mengata atau mengejeknya tuh .
berBlogger bukan bermakna bercerita semua cerita tentang kehidupan saya .
saya berBlogger hanya suka suka hanya untuk mengisi masa yang terluang . hehe;p anda suka anda FOLLOW . anda tak suka I'M SORRY =)
2 orang sedang berleter =):
salam...
singgah cari kucing,,,,
hehe mari mari singgah :D
Post a Comment