♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

Tunang tak jadi ? Apa ceritaaaa

Hai , Assalamualaikum incik blog ku ... Lama tak bersua . Maaflah dah lama tak update awokk .. Sekarang saya dah ada orang yg sudi dengar saya membebel hari hari .... Heheheh 😋 

Dia adalah GulaHati saya :)

Hmm .. Aku ada benda nak cerita ni . Cerita yg perit nak cerita kat si gulahati tu . Aku pun taktau apa perasaan aku sekarang . Sedih atau gembira . Hmm ..

Harini 20/04/2014,
Hari sepatutnya rumah aku dipenuhi ramai saudara mara . Rumah berkecah . Kanak kanak lari sini sana . Hmm .. 

Bila ingat memang sakit hati . Tapi gulahati ku , awak jangan risau . Awak saje yg saya ada sekarang . Dalam hati dan fikiran saya . 

Harini sepatutnya aku bergelar 'tunang' orang . Haha Macam kelakar jer .. Sedih ker aku ni ? Taklah . Aku bahagia tak bersama dia . Trust me :)

Kenapa aku bahagia tak bersama dia ? Adehh .. Aku pun tak mampu nak jawab . Dan aku pun tak mampu nak jawab bila orang tanya , "sejak kau kenal dia , apa erti bahagia yg kau dapat sejak bersama dia tu ?" -kosong- . Seolah olah aku taktau bahagia tu apa .

Betul kata orang , setiap yg duka itu Allah akan gantikan dengan kebahagiaan . Allah akan bagi kita orang yg benar benar sayangkan kita , dan kita benar benar sayangkan dia .

Kebahagiaan itu datang bila kita saling mencintai orang yg benar benar kita sayang . 

Setiap kekurangan itu boleh diperbaiki . Bukan tunggu kahwin nanti baru nak berubah , baru nak perbaiki . Dari sekarang orang menilai . 

Sedih ker aku duit banyak habis beli itu beli ini ? Tak kotttt .. Bahagia :) 

"Kenapa tak teruskan jer bertunang walau dengan orang lain ? Barang semua dah ada kan ..."

Memang barang semua dah ada . Tapi tak mungkin kot aku akan pilih tarikh yg sama walau bukan dengan orang yg sama .

Aku sikit pun taknak ingat cerita lama . 

Kini aku bahagia . Cukup bahagia . Mulut mulut jahat dan jari jari jahat yg cerita tentang aku tanpa usul periksa tu aku sedia maafkan . 

Takkan semua benda aku nak cerita kat korang semua kannnn .... ? So fikir ye .. Tak baik tau tuduh orang tanpa usul periksa . Aku tau kawan korang tu baik . Walau lama mana pun korang kenal dia , korang tak mungkin kenal 100% luar dalam dia . 

Begitu jugak kawan kawan aku . Mereka kenal aku dari aku kecil sampai sekarang . Tapi tak semestinya mereka kenal luar dalam aku . Dan takkan aku nak tunjuk perangai buruk aku depan orang . Ye dokk ? 

Aku boleh ketawa terbahak bahak depan orang . Tp sorang pun tak tahu betapa sentimentalnya aku sebenarnya .

Takpelah, moga Allah dapat ampunkan korang yg mengata tanpa usul periksa pasal aku tu ye .. Amin .. 

Mulakan hidup baru . 
Assalamualaikum.

♥SHARING is CARING♥

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Facebook

0 orang sedang berleter =):

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...