♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

PELUPA ! >.<'



Entri kali ni aku nak cerita pasal kelemahan aku , iaitu PELUPA ! 
Ok, memang sakit hati plus plus plus sakit kepala bila benda yang baru sekejap tadi aku buat , boleh pulak lupa ! aduhaiii .. Susah bila mengalami symptom ''short term memory'' nehhhh >.< tekanan dohhh ... Kadang-kadang benda ni semua boleh jadi gaduh ! mana tak nya , sampai orang sakit hati asyik kena ulang atau ingatkan aku saja . Seriously , bukan aku sengaja tak ingat , tapi aku betul-betul tak ingat ! i'm so sorry Y_Y

   Bulan Julai ni genap setahun aku kerja dengan ayah aku & genap 2 tahun aku bersusah senang, bergelak bertinju bergossip , bertikam lidah , bercekik cubit dangan si dia . Aku harap sangat-sangat aku tak akan lupa tarikh anniversary kami nanti . Risau si dia terasa . Tapi insyaallah aku tak lupa , sebab aku da set reminder dekat handphone ! haha actually bukan aku yang ingat . Tapi handphone yang tolong ingatkan ;p Pasal kerja pulak , sampai sekarang aku tak boleh nak ingat company ini buat projek belah mana , company tu buat projek belah mana pulak ! haishhh focus focus focus ! >.<

  Kat rumah aku tuh, yang selalunya jadi mangsa kena tanya macam-macam tu mama aku lah . Aku yang letak barang tu merata-rata , lepastu tanya orang lain pulak ! Macam kes tadi lah . My dad suruh bayarkan bil Maxis , aku dengan poyo nye berkata , 'ok yah .. jap lagi akak pergi bayarkan lepas amik baby ye' ...... Tapi lepas amik baby (adik aku) , boleh pulak aku balik terus tidur ! Dah bangun tuh confirm lah dah lewat petang kan . Lama giler lah aku tidur dari pukul 1pm - 6:55pm ! ( ni la akibatnya bila kerja dengan bapak sendiri =.=) After that, Aku bangun dengan buat muka slumber aku , aku pergi dapur cari makanan . Gaya ala-ala orang tak bersalah . Sekali terpandang bil maxis atas meja makan , baru teringat aku TERlupa nak pergi bayar bil ! cissssss ... Memang tak jadi makan lah kan . Aku naik atas , mandi laju-laju , siap ala kadar jek (bukan ada orang nak ngorat punn) , aku terus capai kunci kereta . Tengok jam dah pukul 8pm . Aku letak kunci entah kat mana , aku terus naik balik . Panggil adik lelaki aku untuk temankan bayar bil and pergi office sekejap . Then turun balik , mula lah geledah satu rumah disebabkan nak cari kunci kereta yang aku letak merata-rata tadi ! rupa-rupanya elok jek kunci tu ada kat tempat asal ! cisss .. biler masa tah aku letak kunci tu kat situ ! aduyaiii ..

  Balik dari bayar bil maxis tuh , aku singgah office kejap . Niat dihati nak print dokumen yang nak kena submit esok . Then nak bawak balik file kerja yang patut dibereskan secepat mungkin . Tapi ni lah masalah aku . Dah sampai office , benda yang aku tuju tu adalah benda first yang ada dalam kepala hotak aku ni . Iaitu print dokumen ! dah siap print , relax jek aku shut down PC , then switch off lampu apa semua , kunci pintu lepastu balik ! dah sampai rumah , boleh pulak teringat kat file yang aku cadang nak bawak balik tuh ! adussss ... nak keluar balik tu memang tak lah kan .. fifi .. fifi ...

  Kadang-kadang bila aku fikir balik , apepasal la aku ni cepat sangat lupa . Orang kata aku ni banyak fikir and suka fikir benda yang tak perlu ! choii .. Paling koman pon aku selalu fikir pasal boyfriend aku si GEM tuh jek ;p or fikir kejap lagi nak amik adik aku balik tadika , lepasni nak jumpa orang , lepastu nak ke sana ke sini . And lepastu mama aku ada kirim suruh beli sayur . Ayah suruh tolong pergi company pemaju or whatever lah pasal kerja . 

  Aku taktau cara macam mana lagi nak bantu otak aku untuk save ingatan bebanyak . Bukan aku tak pernah cuba nak kuatkan ingatan aku ni . Aku selalu cuba . Tapi still jugak tak boleh . Siapa kata tak tension bila alami situasi macamni . Sedangkan kalau kita nak ingatkan balik sesuatu tuh , sampai berkerut-kerut dahi nak mengingatkan benda tuh . Ni kan lagi aku . Lagi dipaksa , lagi lah terus lupa . Buku nota aku tak payah kira lah kan . Taktau dah berapa banyak aku beli semata-mata nak catit apa yang perlu aku buat dalam satu hari tu, esok atau bebila lah. Sampai bila aku nak bergantung dengan buku nota , diary or reminder handphone ! Aku dah try alternative lain , aku hari-hari amalkan makan kismis , minum air zam-zam . Tapi still sama jugak . Nak try ubat-ubatan lain , seram pulak .. Susu ? errr .. sorry tak suka . haihhh

   Sesiapa yang pernah ada masalah macam aku ni , tolonglah kongsi-kongsi kat aku, macam mana nak atasi symptom-symptom 'short term memory' nehh .. Aku dah boring sebab asyik lupa jek .. Penat tahu tak nak kena rewind balik benda yang dah HILANG ! ;(






Hanya Kerna NAMA, Aku Menangis :')

Assalamualaikum kepada semua pembaca :)

Harini aku terasa macam nak luahkan sesuatu . Tapi tak tahu nak cerita pada siapa . Nak cerita dekat si dia . Aku takut aku menangis .. erghh ! buntu ...... :(

Aku taktau lah nak cerita macam mana . Perasaan sedih tu tiba tiba datang bila munculnya seekor kucing yang diberi nama sama seperti nama orang yang pernah hancurkan kepercayaan aku , hati aku , dan nama orang tu jugak yang buat aku terluka disebabkan si dia selalu marah aku sebab aku suka fikir bukan bukan pasal si nama tu lagi .

Tak terkata apa perasaan aku bila aku dengar sendiri nama tu keluar dari mulut mak si dia masa aku kat kampung si dia dulu . Aku masih bersabar lagi . Mindset aku kata "ahh ! aku salah dengar jelah kot!" .. Tapi aku salah . Memang tu nama kucing tu . Persoalan ! Apakah itu hanya kebetulan ? Siapa yang sebenarnya bagi nama tu dekat kucing tu ? Dia ke ? Family dia ke ?
Pelik jugak aku , macam takde nama lain pulak yang family dia nak bagi untuk kucing dia tuh .

Sabar fi .. Sabar .. Jangan salahkan sesiapa . Salahkan diri sendiri sebab suka fikir bukan bukan . Nama je kot !!! erghhh .. Nama pun .... Terguris rasanya hati aku ni bila datang rumah dia , nampak kucing tu . Kucing yang dipeluk erat oleh adik si dia . Disayang dan dijaga rapi . Aku rasa terkilan hanya kerana NAMA . Kalau lah aku open table luahkan apa yang aku rasa dekat si dia . Tentu aku jugak dipersalahkan . "alah, nama je pon .. Bukan ade ape pon .. or blablablabla !"
erghh ! jangan jadik bodoh la fi .. Buat taktau je sudah !!
Tapi , kenapa si dia tak faham perasaan aku . Kenapa si dia tak peduli apa perasaan aku bila si dia berani sebut nama kucing tu dekat aku . Dulu kau tak pernah sebut nama kucing tu kat aku kan sayang . Kau just mention "si kelabu" tu saje . erghhh ! Tak terfikir ke kenapa aku mengelak bila kau sebut nama tu . Tolonglah , kalau kau suka sangat panggil kucing tu dengan nama tu . Kau panggil lah sayang . Tapi jangan depan aku ! Sayang .. sakit sayang hati ni .. Hati mana yang tak terluka bila aku tengah belajar untuk melupakan tentang dia , tapi nama tu jugak tetap dalam ingatan aku sampai sekarang . Aku tak bahagia dengan semua ni sayang ... Sama lah
macam kalau kita berubah kepada kebaikkan . Ada je dugaan yang datang untuk duga kuat mana iman kita untuk tempuh semua tu .. Tolonglah faham perasaan aku sayang .. Aku dah penat ... Kau tahu kelemahan aku . Tolonglah jangan sampai kelemahan tu bermaharajalela lagi dalam hidup aku . Aku tak larat !

Ma ... Sakitnya hati akak .... Tergurisnya hati akak ni mama .. Kenapa nama si dia sentiasa ada di saat aku nak lupakan kisah lalu .. Di saat aku ingin cuba kuatkan semangat aku untuk yakin aku lah yang sentiasa bertahta di hati dia .. erghhhh !! Si dia sayang aku . Si dia cintakan aku .. Tak ada orang lain . Tak ada masa lalu lagi .. Aku dapat lebih dari apa yang dia pernah dapat . Hati aku kuat merasakan yang aku dapat lebih kasih sayang berbanding dia .

Ya Allah Ya Tuhanku .. Terima kasih kerana dugaan yang engkau berikan kepada ku . Aku tahu engkau hanya ingin menguji aku dengan dugaan dugaan ini . Ya Allah Ya Tuhanku , engkau tolonglah ajar aku macam mana nak ikhlaskan hati untuk lupakan kesedihan . Tolonglah ajar aku erti kekuatan ! Tabahkan hati aku untuk terima dugaan ..

♥ DADDY ♥

♥ MUMMY ♥

♥ Jantung Hati ♥

HELLO 2012 =)

Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum semua ^^,
Dah lama rasanya tak update blog neh .. Ni bukan takat bersawang jek . Ni da tahap dah berkulat rasanya . Hehe tak best betul intro aku kan ;p

Hello 2012 , selamat datang sayangg :))
Selamat tinggal 2011 ;(

Sayang rasanya nak tinggalkan tahun 2011 ni sebenarnya . Banyak cerita suka duka yang dah aku lalui masa itu ;( benar kata orang , "Masa itu emas" rasa terkilan sangat sebab aku dah banyak sia-siakan dan bazirkan masa begitu saja =.='
Aku rasa kalau aku buat apa yang aku dah target masa tahun 2010 dulu , pasti sekarang aku dah dapat apa yang aku nak ! Tapi tak apa lah . Allah swt sentiasa membuka ruang dan sentiasa memberi peluang untuk aku terus mencuba dan terus berusaha :) Alhamdulillah :)

Harini aku bersyukur masih lagi diberi peluang untuk bernafas :)
Entri kali ini aku rasa aku nak flashback masa lalu aku kot .. Harap takkan berlaku lagi pada masa akan datang . Dan aku harap aku dapat apa yang aku hajatkan :) Insyaallah :)


Firstly, aku nak mintak maaf sangat sangat dekat ex aku .. Aku dah tak boleh terima kau lagi .
Sebab aku da tawar hati dekat kau . Bukan sebab aku kejam . Tapi kau yang buat aku jadi macamni . Kau da sia siakan sayang aku . Cinta aku dekat kau dulu . Sekarang aku dah bahagia ada Syahmi dalam hidup aku . Aku sayang dia lebih dari aku sayang kau . Dia sayang aku lebih kau sayang aku dulu dan sekarang ! Tolonglah jangan ganggu hubungan aku lagi . Aku tak perlu mesej mesej yang berbaur sayang cinta atau apa pun . Aku hanya mahu kau jaga diri kau untuk orang yang kau sayang nanti . Orang tu dah semestinya bukan aku . Tolong lah bagi aku ruang untuk tenang disamping orang yang aku sayang sangat :')


2nd, aku nak mintak maaf dekat Hajar . Bekas awek Syahmi dulu . Aku tak tahu lah kenapa aku anti sangat dekat kau . Kau tak jahat , kau tak selingkuh dengan boyfriend aku . Tapi aku tetap anti dengan kau . Maybe sebab sebabnya boyfriend aku sorang je yang tahu kot .. Dia sorang je yang memahami aku . Aku mintak maaf banyak banyak sebab aku tetibe cari pasal dengan kau semula . Dan aku harap kau tahu kenapa aku cari pasal semula dekat kau . Bukan niat aku nak ganggu kau . Tapi Percayalah , aku sayang sangat dekat Syahmi . Aku taknak dia pandang kau lagi . Walaupun dia kata dia dah takde hati dekat kau . Tapi aku tetap iri hati dengan masa lalu dia . Aku nak dia jadi yang terakhir untuk aku . Seriously , aku mintak maaf ok .. :') It's not fake . I'm honest .

3rd, Ok sekarang aku bersyukur sangat sebab kau si bekas kekasih aku . Dan kau jugak si bekas kekasih Syahmi sebab korang dah sia siakan cinta kami dulu . Dan sekarang,
CINTA ITU MILIK KAMI :)
Aku hargai suka duka dulu untuk kebahagiaan aku dan si dia sekarang :')
Syahmi, kau ada semua yang aku nak .. Walaupun ada yang kurang . Tapi aku cuba faham dan penuhi kekurangan tu .. Terima kasih sebab kau dah banyak didik aku untuk jadi seorang yang lebih kuat . Terima kasih jugak sebab dah beri aku peluang untuk rasa disayangi dan dicintai .
Walaupun kau tak pernah nak tunjuk depan orang , tapi aku tahu apa sebab disebaliknya :)
Suka duka biarlah kita saja yang rasainya . Ianya milik kita . Bukan milik mereka :)

4th, 04 September 2011 . Harijadi aku + Hari Raya Aidilfitri yang ke 5 :)
Sayang .. Awak tahu tak, awak buat saya rasa sangat terharu . Awak dah ceriakan hari saya dengan pengorbanan awak .. Sehari sebelum saya buat open house + parti harijadi dekat rumah saya, kita sebenarnya masih lagi kat kampung kan .. Saya bermalam satu hari dirumah nenek awak di Tanjung Sepat. Itu pun disebabkan kita dah plan balik sama sama untuk sambut birthday saya kan sayang . Saya tahu awak letih sangat bawak saya dari Tanjung Sepat ke Klang, lepastu terus keluar beli barang untuk masak esok harinya.. Saya kesian dekat awak masa tu .. Tapi awak tetap nak tolong saya .. Serba salah rasanya .. Apa-apa pun , terima kasih cinta hati ku sebab dah banyak berkorban untuk saya :)

5th, KAWAN KAWAN :')
Aku mintak maaf sangat sangat dekat kawan kawan aku semua . Aku bukan taknak lepak dengan korang . Tapi aku takde masa nak buat semua tu .. Aku percaya, korang pun macamtu jugakkan .. Korang nak lepak sesame pun curi curi masa terluang jugakkan .. Aku bukan apa , aku ni bekerja sambil belajar . Siang aku kerja + ada class . Malam aku ada masa untuk study je (walaupun kadang kadang tak study mana pun) . Malam aku nak berehat . Aku letih .. Aku harap sangat korang faham keadaan aku . Dan aku p
un akan sentiasa faham
keadaan korang jugak :)
Kepada, Dila, Adah, Wani, June, Mimi, Fathi, Shin Chan, Redho, Amy, Wangley, Apis dan warga 5kreatif , aku mintak maaf sangat sangat ok . Panjang umur kita jumpa lagi :) tak jauh mana pun kita . Masih lagi satu daerah :)

6th, Aku nak habiskan cerita tahun 2011 aku ni . Buat entri panjang panjang pun tak ramai yang suka membaca sampai habis . Kan kannnn .. hehehe okay sayang ;)
29 Disember 2011 , genap SETAHUN LIMA BULAN aku dengan si dia . Dan, aku takkan lupakan kenangan itu bila kami dapat baby baruuuuuu ... hehehe Ehem ! jangan pikir bukan bukan yee .. Aku maksudkan , kami baru je beli kucing Parsi 3 kaler . Dan dah tentu tentu kucing 3 kaler neh selalunya BETINA :) haha sangat comel dan gebuuu ^^,
Si debab tu daddy (Syahmi) yang jaga . Isk isk .. Mummy nak jaga jugak jaga si debab ;((
Oleh disebabkan aku iri hati dengan si dia ! Aku pon try la cari Parsian Cats kat Google . Niat dihati nak beli . Tapi tak sampai 2jam , Aku dah jumpa ada orang nak bagi Parsian Cats secara percuma !! kakak tu BAGI PERCUMA ok .... Bukan JUAL !! Oh ! Terima kasih Page Meow Oh Meow on Fb !! kakak NURUL NADIA ABD HALIM ! ;) hehe giler terharu lah . huahaha tak boleh blah ayat aku kan . hehe
Alhamdulillah .. Aku diberi amanah untuk menjaga Parsian Cats tu .. Sekarang kucing ni milik aku .. Aku bagi nama dia Si Gemok ! sebab masa dia datang, dia slim sikit .. Tak sampai 2 hari , perut dia makin membulat macam Daddy! hehe . Mana taknya .. Aku bagi makan 5kali sehari . Sekali makan setengah tin dia telan . hehe 4th Januari 2012 Si Gemok ada appointment dengan doktor ok sayang .. Tapi Mummy kena hantar Baby pergi tadika dulu, lepastu Mummy kena ambil exam dekat kolej dulu sayang .. Nemok tunggu Mummy ye .. Nanti nemok kena pergi klinik dengan Mummy saja tau .. Daddy outstation lah sayang .. hehe please be nice ye dear :)

Si Debab bersama Mummy & Daddy ^^,
*sorry gambar gelap, maklumlah dah malam :)*

Si Gemok dia lonely sebab si debab Daddy taknak kasi Mummy jaga :(

Okay, lastly.. Aku nak tutup entri aku dengan salam ampun maaf kepada semua yang mengenali aku . Tak kira lah dekat dunia nyata ataupun alam maya .. Harap diampunkan salah silap aku selama aku mengenali korang .. Bak kata si dia , buat jahat memang senang . Buat baik memang susah . Susah lagi nak mintak ampun dan maaf dekat orang yang kita dah buat silap tu . Kalau dia taknak ampunkan kita . Siapa lagi nak ampunkan ? Mak ayah dia tok nenek dia pun tak boleh nak ampunkan kita selagi dia sendiri tak ampunkan kita :)

Aku malu pada Maha Pencipta lagi Maha Agung iaitu Allah swt . Sebab aku mungkir janji kepada DIA . Aku tak tunaikan janji aku untuk jadi orang yang berguna dimata DIA, Nabi Muhammad saw dan dimata masyarakat sekeliling aku :'(


AZAM tahun baru masih lagi seperti AZAM tahun lepas . Sebab apa sama ? Sebab perangai masih lagi tak berubah . Dah betul betul berubah nanti , baru boleh cipta AZAM baru :)


TARGET tahun ni , SAYANG !!! JOM KAHWINNNNNNNNNNNNNNN .... hehehehehehe


Saya nak anak saya ada DIMPLE !

Assalamualaikum blogger and reader ;))
Pagi ni aku nak kongsi cerita pasal perbualan antara ibu dan anaknya yang tak berapa nak comeyy neh ;p ehek!;D

Selalunya lepas sahur atau dah kenyang lepas makan, pasti punyeeee aku borak borak dengan mama dan ayah dekat meja makan . yela, lepas makan kan malas nak bangun pergi memane .. hehe so aku duduk lah kat meja makan tu lagi untuk dengar cerita terkini pasal keje atau pape jelah dari ayah . tapi selalunye kalau ayah da masuk tidur balik, si ibu dan si anak neh pasti akan bergosip punye lah ;pp tak kira lah cerita pasal apa pun . tapi selalunye mama asyik cerita pasal ........... tettt ~ mane boleh bagitau .. *malu ouhh ;p


Ok , tak payah panjang lebar membebel .. aku ceritakan pasal perbualan tadi eh .. hehe
SEBELUM tuu .. cara aku bercakap dengan mama aku memang macamni .. ayat ayat aku , perbualan seharian aku sama dengan perbualan aku dengan orang lain . Mama aku da kenal sangat cara percakapan aku seharian , so dia dah biasa dan tak ambil kesah pon kalau aku cakap perkataan yang kurang senang bagi korang ;))
my mom is the best mama in the world . because , she always be my best friend forever . Nobody can be like her . ok , i love my mama ;))
Sambung cerita pagi tadi :)



aku: ma ! mama baca majalah ke tidur tuh ?

mama: baca majalah lah . takkan tidur boleh pegang buku lak .

aku: hehe mane tau mama mengigau kee ... ;p

mama: kau tu yang selalu mengigau !

aku: eleh tah papee .. sesuke jek . haha keco lah ma

mama: kau nape tetibe panggil mama neh ?

aku: tak pape lah .. akak berangan nak anak 2 orang lah . hehe

mama: eleh yeye nak 2 orang jee ..

aku: aiyaaa ... betul lah .. 2 orang je cukup kan cucu mama ? ehehe;p
nanti akak nak anak pertama tu perempuan , anak kedua lelaki . biar tak nakal . kalau nakal , biar kakak dia lepuk dia . haha pastu pastu pastuuu .. akak nak anak akak tu dua dua ada lesung pipit macam fahmi(anak jiran depan rumah) takpun macam lesung pipit akak neh .. hehehehe *sambil senyum gatal kat mama* ;p

mama: memang akan ada potensi anak kau ada lesung pipit pun .. sebab syahmi pun ade lesung pipit kan ...

aku: syahmi ade lesung pipit ? eleh tah papeee ... mane ade lah .. haha

mama: ade lah .. belah kiri kot mama terperasan haritu ..

aku: aii mama .. akak yang selalu berkepit dengan dia pon tak perasan dia ade lesung pipit ke idak .. ney mama lak bole perasan dulu . ahaha ngek ouhh ..

mama: eleh .. tak caye pegi tenung muke dia tuh .

aku: taknak ! lalala

mama: yela tu taknak ..

aku: dala mama . keco ah mama neh . orang cakap sal lain , lain lak dia gado kan . haha

mama: elehh .. kau yang mule dulu ...

aku: elehhhhhhhhhhh .. pesal lak .. mama yang sebut name dia dulu kan . rindu kat dia la tu .. wuekk !;p

mama: takde makne nyeeeee .. buat ape mama rindu kat pakwe kau tuh ..

aku: eleleleyyy malu malu lakk ..

aku: ma ! nanti kalau akak mengandung nanti kan .. mama carikan poster baby baby comel yang ade lesung pipit eh .. pastu tampalkan kat bilik akak banyak banyak .. hehe

mama: ape pulakk .. kau kan selalu tengok internet tuu .. cari jela kat internet ..

aku: alaa .. mama ney tak sporting lah .. mama la carikan .. mama kan nak jadi nenek vogue gak nanti .. hehe akak taknak ah search kat internet . kang dia keluar gambar yang teruk teruk kang macam mana ? nanti kenan lak kat anak akak kang . ;(

mama: mengada lah kau . kawen cepat cepat dulu . baru cerita nak anak ade lesung pipit ke lesung batu ke . lesung pape pon bolee .. dah dah , pagi basuh pinggan cepat . pastu mandi , pergi keje ..

aku: alahai bini bos neh keco lah . orang nak berangan pasal anak neh , dia suruh basuh pinggan lak .. yelah yelah .. 20minit ehh .. nak tidur jap ...

mama: ah takde takde .. pegi sekarang gak ..

aku: ok ok .. cancel 20minit . tuka 1ominit lak . hehe nak update blog . pastu nak ziarah pesbuk jap . hehe

mama: ade jela alasan kau . kang mama gak yang kena buat semua tu kan ...

aku: hehehe mama sayang akak kann .. tolong la maa .. hehe

mama: cehhh .. mengadaaaa

aku: yelaaa ... majuk ah gan mama ... ;(

mama: majuk la kau . mama taknak ajak kau pegi shopping baju raye kang ..

aku: cisssssssssssss ~ ugut ! baik bosssss ... hehehe


aku bangun dari kerusi terus ke dapur sambil nyanyi lagu sekola tadika adik aku .. hehe yes ! basuh pinggan lageyyy ~ boring nyeeeee .. nasib baik tak banyak .. maklum laa abang dengan adik takde kat rumah kan . ;))

sambil basuh pinggan sempat lagi aku berangan pasal apa yang aku cerita kat mama aku tadi . hehe *gatal nau aku neh kan . hahaha
taktau pasal pe tetibe terpikir pasal masa depan lak . ahaha macam confirm2 jek aku kawen awal kan ! ahahah takpe lah . tak kesah pon .. at least mama da suruh aku kawen awal . terbukak sikit hati aku neh nak prepare pape yang patut ! lalala

berangan kuat lah kan aku neh . ekekeke;p biar lah . sebok jekk .. best pe berangan pasal masa depan neh . lagi lagi berangan nak pakai kereta mewah .. nak bina rumah atas air ... uishhhh ... melelehhhhh !

ok lah .. takde bende nak kongsi sangat pon .. saje boring boring nak amek mood start keje dulu nehh .. hee ;))
Korang tengok baby kat bawah neh ! comeyy doeee ~ jatuh cinta aku dengan DIMPLE dia! ouhhh ... terpesona ! haha kan men agy ayat kao eh fy ! ekeke;p


To my lovely boyfriend , saya nak anak saya 2 orang tu nanti ada lesung pipit tau !! tak kira !
nak jugakkkkkkkk !! hehe ;D
p/s: takmau anak ramai ramai eh . nanti migraine awak makin teruk lak kang ;p


♥ HAPPY ANNIVERSARY mr. BADAK ♥





Assalamualaikum readers ;))
Harini First Anniversary aku dengan boyfriend kesayangan aku tuh .. hehe
♥ Muhammad Syahmi ♥

urmm .. tak tau nak kata apa .. macam tak percaye pon ade jugak . sebab aku tak pernah alami ANNIVERSARY with BOYFRIEND sebelum neh .. maybe aku dulu tak pandai bercinta kott .. sebab tu la couple pon tak pernah or tak lebih dari setahun . kalau ade pon just "gantung tak bertali" ! Dulu pernah gak nak sambut anniversary dengan ex aku si Mr. O tuhh .. tapi nak buat macam mana kan . aku ney dilayan pon macam nak taknak . aku malas la nak terhegeh-hegeh kat dia . so aku buat slumber dan let him go far away from me lah . *terasa diri ini tak dihargai* hahahaha stupid kan ! ok tutup cerita . aku malas nak kenang kisah lama ;)

Ok sekarang ni aku mengaku aku sangat3 bahagia dengan boyfriend aku sekarang neh .. bukan nak riak , bukan nak berlagak . tapi ney apa yang aku rasa . Seriusly, aku sayang gilerrr kat Syahmi . aku taktau lah apa yang ada kat dia tuh sampai aku sayang sangat sangat kat dia ! haha *dia tak pakai ubat guna guna kat aku ok !*

Firstly, terima kasih Tuhan sebab dah temukan aku dengan dia . terima kasih Bukit Cahaya Shah Alam sebab kat situ lah pertama kali si jejaka pendiam , pemalu dan segala PE ney dah mula bersuara bercakap dengan aku ...*siap bawak aku jenjalan pusing taman tu lagi bersama Nurul BGL dy tuhh ;p* dan terima kasih jugak kepada Cosmopoint Klang yang dulu aku selalu kutuk kutuk . rupanya ada jugak habuan untuk aku .. hehe bukan saje dapat ilmu , dapat laptop , dapat JODOH lagi tuu .. agak agak siapa yang belum ada jodoh lagi tuh , sila sila lah daftarkan diri anda ke Cosmopoint Klang .. makcik kunyit tu single lagi ok ... hehehe *khas buat lelaki saje lah ;p

Ok ney khas buat kekasih gelap terang siang dan malam ku ♥
sayang ,
terima kasih sebab awak dah corakkan hidup saya dengan warna yang ceria ;)
terima kasih sebab awak dah terima saya seadanya ;)
terima kasih sebab awak dah ubah hidup saya ;)
terima kasih sebab awak dah ajar saya pantang larang dalam kehidupan ;)
terima kasih sebab awak tahan dengan perangai saya yang kuat jelez nehh ;)
terima kasih sebab awak caring sangat pasal penyakit saya ;)
terima kasih sebab awak caring pasal makan pakai saya ;)
terima kasih sebab awak hadir dalam hidup saya ;)

awak nak tahu tak ?? tapi saya rasa awak dah tahu ...
saya tak boleh hidup tanpa awak .. suka hati awak lah nak percaya atau tak . Jujur saya perlukan awak sangat sangat . hadirnya awak dalam hidup saya bagai dah berubah garisan khatulistiwa dalam diri saya ney sayangg .. hehe seriuss !!
awak ingat lagi tak masa kita hampir hampir tak dapat nak pertahankan hubungan kita neh ..
saya rasa macam saya dah takde life sayang .. dua hari tu saya tak boleh nak buat apa apa pon .
semua serba tak kena . saya down sangat sangat . saya sakit sangat time tu sayang .. saya tak pernah rasa sakitt macamtu . tapi percayalah , masa tu baru saya dapat rasa yang awak sangat berharga dalam hidup saya

sayang ...
janji dengan saya , awak jangan tinggalkan saya ye ..
kalau awak nak tinggalkan saya , biar saya yang pergi dulu ..
sebab saya tak sanggup nak tengok awak bahagia dengan orang lain .
awak janji dengan saya , walau apa pun yang bakal terjadi . kita kena pertahankan hubungan kita tauu !

saya janji dengan awak , saya akan terima awak seadanya .
saya janji dengan awak , saya akan ikut semua kata kata awak . *yang baik jelah*
saya janji dengan awak , saya akan sentiasa berada disamping awak .
saya janji dengan awak , saya akan bantu awak dalam segala hal . *insyaallah*
saya janji dengan awak , saya akan jadi girlfriend yang terbaik .
saya janji dengan awak , saya akan belajar masak , buat kerja rumah , practice2 !!
saya janji dengan awak , SAYA NAK KAWEN DENGAN AWAK !! hehehehe ;p ♥

Ok sayang , I LOVE YOU so much ! happy first anniversary dear ;))

NAH !!
saya bagi awak Ferrari eh !! tapi dalam mimpi jelah .. hehehe
♥ 29 Julai 2010 - 29 Julai 2011 ♥


3 in 1


Assalamualaikum semua ;)) harini baru fy nak post entri kan .. actually sekarang tengah sibuk gilerrr ahh .. mini project ada 3 . outstanding jek lebih . tah bila lah nak siap .. siapa boleh tolong ??? hehe takpe lah . acah jehh ... hehehe ;))

title 3 in 1 tu sebenarnya nak cerita dari haritu lagi .. tapi tersangat
sibuk kann .. tak sempat nak post pape kat blog yang dah bersawang nehh .. hehe

ok first , haritu hari ape eh .. aku pon dah xingat hari apa . agak agak hari rabu kot .. ayah aku ajak teman dia beli Iphone 4 ! oh .. sangat teruja lah kan .. huhuhu .. tapi tak jadik .... sadis betul sebab ayah ada emergency case dekat kolam udang T_T
apa apa pun , syok giler beb iPhone 4 tuhhh . nak beli tak mampu lagi . pinjam kejap boleh la kot .. hehe

ok yang kedua , aku nak cerita pasal kolej dan kerja ! oh .. memang tak sangka lah kan ayah dah luluskan untuk aku bekerja masa aku tengah study neh .. hehe i love you ayah !
memang sarat lah kan jadual kerja gan kolej aku nanti . tapi takpe lah . rasa berbaloi la jugak dapat RM2000 sebulan dalam masa yang sama aku study . penat memang penat . tapi nak buat macam mana .. aku kan mata duitan !! hahaha siapa tak suke dapat duit wehh .. hahaha aku nak beli MAZDA 8 atas titik peluh aku sendiri . even kerja dengan ayah . tapi aku ikut pendirian aku . *aku buat , aku dapat* sekarang aku da dapat peluang . takkan aku nak sia sia kan .

ok sayang ku muhammad syahmi .. tahun depan kite tunang ok sayang ! haha *berangan dulu*

yang ketiga nye .. urmm .. taktau nak kate macam mana dengan perasaan ni . sedih pun ade jugak . sebab 29haribulan Julai jatuh pada hari jumaat ! tapi nak buat macam mana kan .. harap harap hari jumaat adalah hari yang membahagiakan bagi aku . even no wonder lah boyfriend kesayangan aku tuh nak balik hari jumaat kan .. lagi lagi dia tengah busy buat final project . haha .
sebenarnya aku pon taktahu nak buat apa sebenarnya kalau dia balik pun .. tapi yelah .. perempuan kan .. mesti nak rasa something different with her boyfriend . something yang boleh buat his girlfriend happy and appreciate dengan apa yang dia buat kan .. hehe tapi takpe lah . aku dah lama redha dengan apa yang aku ada . aku ada tuhan . aku ada keluarga . aku ada dia . tu dah cukup buat aku bahagia . aku cuba nak jadi kuat . taknak dah jadi hati tisu . tu sebab lah aku menyibukkan diri untuk apply kerja dengan ayah aku . dan menyibukkan diri dengan kerja kerja kolej . mini project . final project . yeahhhh ! cool right ;))




hey! saya rindukan dia ! hehe xdelah . acah jekk .. lalala
sebenarnye saya cintakan dia lebih daripada saya rindukan dia ;p
^29 julai 2010^

OLD MEMORY !


saya mengharapkan agar saya dapat padam semua kenangan lama tanpa ada sedikit pun yang tersisa . saya harap dia faham kehendak saya . saya harap dia tahu kenapa saya mintak semua ni dan semua tu . andai dia tahu niat saya , mesti dia mengerti .. urmm ..

Setiap pasangan sentiasa inginkan yang terbaik untuk hubungan mereka . Tetapi ianya menjadi masalah kalau persefahaman itu tidak ada .

saya harap dia tahu yang saya dah buang semua kenangan lama saya . tak ada satu cincin pun di jari saya . tak ada satu gambar pun yang ada pada saya . tak ada satu benda pun !
tapi kenapa bila saya mengharapkan dia lakukan perkara yang sama seperti apa yang sudah saya lakukan sekarang , dia tak mampu nak penuhi kehendak saya ?

Dan saya harap dia tahu, bahawa saya sanggup lakukan apa saja untuk dia .







by: shafyfymie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...