♥ i'll FOLLOW you back ! ♥

Selamat Hari Raya 😘

Hai Assalamualaikum bloggers ✌️
Selamat hari raya maaf zahir dan batin ye semua .. 

Saya minta maaf kalau kalau kata kata saya terguris hati kalian . Saya hanya manusia biasa yg sering lakukan kesilapan tanpa sedar ataupun tidak .

Raya tahun ni seperti biasa jerr .. Takde kurang takde lebih . Masih dalam mood bersederhana shj .

Raya tahun ni tak semeriah tahun tahun lalu . Mama dan adk saya si baby tu demam lak . So kurang la berjalan beraya tu .. Gulahati saya pulak jauh kat kampung ibu ayah dia . Raya ke 6 baru dapat jumpa . Beraya terus ke rumah dia . 

Harini saya dah kena balik banting balik . Sebab nak pergi beraya kt kampung . Semalam mama da gerak kolam dulu . Saya tak gerak lagi sebab nak pergi beraya rumah gulahati saya tu .

Kebetulan abg sedara gulahati saya nak hantar kereta dekat TUDM Banting . Alang alang dah nak dekat dgn kampung saya , diorang hantar saya terus .

Ingatkan nak suruh hantar kat rumah nenek . Sekali nak suruh si gulahati beraya rumah nenek saya . Abg sedara si gulahati nak balik cepat pulak . Sebab dia masuk kerja pukul 4pm . Terpaksa ler diorang hantar saya kt kolam jer .

Dah sampai kolam tu , diorang taktau jalan balik lak . Terpaksa ler guide diorang ke jalan luar . Sebab tadi lalu jalan pulau carey . Diorang taktau sgt jalan tu . 

Lepas hantar diorang keluar , saya terus gerak balik kolam balik . Sebab tadi bawak kereta ayah . Takut ayah nak keluar pergi memana lak . Sampai sampai kolam terus makan .. Tolong tolong sikit kat depan , then masuk rumah terus lelap sampai ke maghrib . 

Ingatkan nak pergi beraya dalam pukul 8pm . Ayah lak tengok badminton . Lepak rumah nenek kejap . At last pukul 10.30pm baru gerak beraya . Tu pun sebuah rumah je dapat pergi . Kampung kannn .. Confirm lah diorang jenis tidur awal .. 

Pukul 11 lebih gak la kat rumah sedara tadi . Pastu balik jap rumah nenek , ambil baju baju saya . Pastu terus gerak kolam . Kemas apa yg patut . Then balik Klang . 

Letih lak rasanya . Haha okey lah . Penat mengarang online diary ni . Ada masa saya membebel lagi ye .

Assalamualaikum dan selamat hariraya maaf zahir dan batin yaaa ✌️✌️

Tunang tak jadi ? Apa ceritaaaa

Hai , Assalamualaikum incik blog ku ... Lama tak bersua . Maaflah dah lama tak update awokk .. Sekarang saya dah ada orang yg sudi dengar saya membebel hari hari .... Heheheh 😋 

Dia adalah GulaHati saya :)

Hmm .. Aku ada benda nak cerita ni . Cerita yg perit nak cerita kat si gulahati tu . Aku pun taktau apa perasaan aku sekarang . Sedih atau gembira . Hmm ..

Harini 20/04/2014,
Hari sepatutnya rumah aku dipenuhi ramai saudara mara . Rumah berkecah . Kanak kanak lari sini sana . Hmm .. 

Bila ingat memang sakit hati . Tapi gulahati ku , awak jangan risau . Awak saje yg saya ada sekarang . Dalam hati dan fikiran saya . 

Harini sepatutnya aku bergelar 'tunang' orang . Haha Macam kelakar jer .. Sedih ker aku ni ? Taklah . Aku bahagia tak bersama dia . Trust me :)

Kenapa aku bahagia tak bersama dia ? Adehh .. Aku pun tak mampu nak jawab . Dan aku pun tak mampu nak jawab bila orang tanya , "sejak kau kenal dia , apa erti bahagia yg kau dapat sejak bersama dia tu ?" -kosong- . Seolah olah aku taktau bahagia tu apa .

Betul kata orang , setiap yg duka itu Allah akan gantikan dengan kebahagiaan . Allah akan bagi kita orang yg benar benar sayangkan kita , dan kita benar benar sayangkan dia .

Kebahagiaan itu datang bila kita saling mencintai orang yg benar benar kita sayang . 

Setiap kekurangan itu boleh diperbaiki . Bukan tunggu kahwin nanti baru nak berubah , baru nak perbaiki . Dari sekarang orang menilai . 

Sedih ker aku duit banyak habis beli itu beli ini ? Tak kotttt .. Bahagia :) 

"Kenapa tak teruskan jer bertunang walau dengan orang lain ? Barang semua dah ada kan ..."

Memang barang semua dah ada . Tapi tak mungkin kot aku akan pilih tarikh yg sama walau bukan dengan orang yg sama .

Aku sikit pun taknak ingat cerita lama . 

Kini aku bahagia . Cukup bahagia . Mulut mulut jahat dan jari jari jahat yg cerita tentang aku tanpa usul periksa tu aku sedia maafkan . 

Takkan semua benda aku nak cerita kat korang semua kannnn .... ? So fikir ye .. Tak baik tau tuduh orang tanpa usul periksa . Aku tau kawan korang tu baik . Walau lama mana pun korang kenal dia , korang tak mungkin kenal 100% luar dalam dia . 

Begitu jugak kawan kawan aku . Mereka kenal aku dari aku kecil sampai sekarang . Tapi tak semestinya mereka kenal luar dalam aku . Dan takkan aku nak tunjuk perangai buruk aku depan orang . Ye dokk ? 

Aku boleh ketawa terbahak bahak depan orang . Tp sorang pun tak tahu betapa sentimentalnya aku sebenarnya .

Takpelah, moga Allah dapat ampunkan korang yg mengata tanpa usul periksa pasal aku tu ye .. Amin .. 

Mulakan hidup baru . 
Assalamualaikum.

Penutup Segala

Assalamualaikum bloggers . 

Lama tak bercerita kisah hidup saya dekat sini . Alhamdulillah saya sihat sihat sajerr .. 

Kehidupan mula berubah . Putus sudah satu ikatan yg telah lama terjalin . 

Semua telah tertulis bahawa dia bukan jodoh saya .

Jangan salahkan dia . Jangan salahkan saya . Masing masing ada buat silap . Manusia tidak lari daripada buat kesilapan .

29 Julai 2010 - 25 Februari 2014 

Tak ada apa yg saya nak ceritakan . Cukuplah jangan siksa hati saya lagi . Dan tolonglah jangan paksa hati saya lagi . Saya berubah hati semua bersebab . 

Untuk mak ayah si dia , keluarga si dia . Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki . Halalkan makan minum saya . Masa terluang kamu semua utk saya dulu . Saya tak pernah benci kamu semua . Sikit pun tak terlintas utk buang kamu semua dari hidup saya .

Utk kawan kawan si dia , terima kasih kerana memahami situasi saya . Percayalah segala yg berlaku bkn saya yg pinta . Semua kerja DIA . Tolong jangan salahkan saya . 

Utk awak , terima kasih kerana kejutkan saya dari lena yg panjang . Terima kasih kerana sedarkan saya yg saya perlu bangun utk berubah . Terima kasih selalu ada utk saya . Terima kasih utk segalanya . Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki . Maafkan saya sbb banyak lukakan hati awak dgn sikap saya , degil saya dan semua tentang saya . Percayalah , awak akan temui juga org yg lebih menerima buruk baik awk lebih dari saya lakukan selama ni . 

Kepada yg terasa hati dgn saya , ampunkan saya dunia akhirat .

Assalamualaikum,
FIFI

CERITA SINI HABIS SINI OK



Cerita sini habis sini lah kan .. Tak payah rajin sangat nak jaja cerita pasal aku tentang entri nehh .. Aku bukan artis punnnnn ....

Cenggini ceritanya . Hmmm ... Nak cerita ke tak eh ? Tah laa .. Aku rasa aku patut cerita . Ni hidden post aku . Aku tak publish pun dekat wall FB . Sebab aku takmau malu kan dia . Tapi aku harap sangat sangat yang perempuan tu akan view blog aku satu hari nanti . Tak kisah la bila aku dah takde ke atau bila aku masih hidup lagi ke kann ..

Sumpah demi Allah aku dah cuba sedaya upaya aku untuk maafkan hang . Mungkin hang lupa , mungkin silap aku jugak . Tah laa .. Cuma satu aku terasa , aku tau aku tak sepandai hang yg masih sambung belajar kat UTM Johor tu . Tapi hang takde hak nak hina aku . Mungkin betul lah kot aku tak layak kawan dengan kawan hang (birthday dia sehari selepas birthday aku . Pepandai cari sendiri) yg selevel dengan hang tu . Tapi sumpah demi Allah aku kawan dengan dia kerana Allah s.w.t . Bukan sebab dia kawan hang . Tu je .. 

Then pasal benda lain , pasal GAMBAR . Suka hati hang la hang nak post berapa juta gambar hang dengan boyfriend hang pi memane ka ape ka , aku tak jealous pun .. Tapi yang aku pelik awat dari awal lagi hang tayang gambar tu just untuk aku dan sesedara hang yg hang paling rapat jer ? Sumpah kalau aku cemburu , aku dah PM mak hang dah gambar gambar hang dengan boyfriend hang yg konon konon sweet tu .. Nampak tak yang aku tak kesah pun pasal hang . Standard la aku view FB hang apa suma . Perempuan kannn .. 

Dan lagi satu , thanks sangat sangat sebab nasihatkan aku supaya tak post gambar dengan incik kekasih berdua rapat rapat mesra mesra apa sume kat public ( FB ) . Kami try naa tak post gambar gambar yang buat orang lain sakit hati , cemburu or meluat . Tapi tu la . Aku cuba nak jadikan hang roll model aku . Tapi hang pun 2x5 jerr .. Takpe lah . Aku tetap belajar utk berubah . 

Maaflah kalau sume yg aku post kt wall FB boyfriend aku tuh ada buat hang cemburu ka sakit hati ka sampai buat hang terkinja kinja nak jugak post gambar mesra mesra hang dengan boyfriend hang utk tatapan kami neh . Kami takda niat pape pun . Memang dari dulu kami cenggini . Maaf ye . Tu pun kami dah cuba jarangkan diri utk mengepost something yg boleh buat orang sakit hati , cemburu or meluat dengan post post kami tu .

Aku ni kasar . Hang mesti tak pandang nasihat dari aku kan ? Tapi aku tetap nak nasihat jugak utk hang . Hang nak sakitkan hati kami sampai kiamat pun hang buatlah . Tu antara hang dengan Allah s.w.t . Kalau aku kata aku dah maafkan hang , memang aku dah maafkan . Cuma aku just takkan bukak cerita pasal hang ja . Hang nak post gambar mesra mesra hang dengan boyfriend hang ka .. Hang sanggup menghabiskan duit hang utk pi honeymoon dengan boyfriend hang semata mata nak buat kami cemburu ka , hang buat la okeh .. Aku takda hal dengan semua tu . Betul gak kata hang DULU ( before hang mengata aku snap pict mesra mesra dengan boyfriend aku tuh... ingat dak ? ingat dak ? ) Takpa aku tolong copy deh .. "one more things yea sweetie,if u really wants to build a mosque,build it with a perfect relationship n not ruin by hugging or touching in front of everyone else b4 getting married..awak jgn la berlagak mulia sgt yea if xtahu menahu hal niy,think first b4 it hits to ur own face back..okay  "

Agak agak hang , apa yang hang kata tu kena hang balik dak ? Mesti hang tak dapat agak kan ? Sebab hang pandai , hang bagus , hang mulia . Takpa la aihh .. Aku malas nak panjang cerita . Aku ni jenis tak suka berdendam lelama . Cuma aku nak habaq hang , mak bapak hang tu alim ulamak . Jaga sikit deh air muka dorang . Aku tak sangka mak bapak hang baik , tapi hang . Ok lah . Hang pikir la ye .

Sesiapa yang baca entri ni , tolong doakan aku kearah kebaikkan . Walaupun aku dipandang hina oleh manusia , aku tahu Allah s.w.t masih sayangkan aku . DIA tetap buka pintu hati aku utk maafkan hang . Aku nak hang ingat , tak baik pandang hina dekat orang . Mana tau umur aku tak panjang , sempat ka dak hang nak mintak maaf kat aku ? 

Aku takkan cari gaduh dengan hang kalau takda something yang buat aku tersentap ! Tu jer .. Maafkan salah silap kami . 

Dan satu lagi . Last . Memang dulu aku tipu hang pasal kitorang dah nak kawin tu ? Haha maaflah ye . Aku memain jek pun . Jangan amik serious la deh . Umur aku sama kan dengan hang . Takkan la aku nak kawin awal awal kottt ... Masa tu umur kita baru 19tahun kan ? Kanak kanak lagi . Huhu Insyaallah dengan izinNya kami nikah jugak nanti . Insyaallah . Aku tak menjanjikan apa apa . Tu kerja DIA . Since last year dia dah cakap cakap soal kawin . Tapi aku kan tak pandai macam hang . So aku hold dulu next next next year . Ada sebab kenapa aku hold . Hanya incik kekasih ku saje yg tahu kenapa .. Hihihi :p

Apa yang kami rancang masih lagi dalam perancangan . Dah kawin kang baru lah seronok snap pict pi honeymoon halal dengan incik boyfriend kannnnnn ... Eh, incik husband :)

Thanks alot sebab tinggalkan lelaki yang cukup berharga utk aku . Dia tu baik baq ang .. Sampai aku taktau kenapa aku tak sanggup kehilangan dia . Dia dah banyak mencorakkan hidup aku . Memang dia tak leka kan aku dengan kemewahan , harta benda , dengan perkara perkara yang menimbulkan perasaan riak apa semua . Dia just kata , wait and seeeeeee ... jengjengjeng .... After NIKAH :)












Cerita kawin kawin


Jam sekarang menunjukkan pukul 1:58am . Mata aku tak boleh nak lelap . Cuaca kat luar sekarang , angin sedang berperang lawan siapa paling kuat bertiup antara satu sama lain . Haha memandai jek aku .

Bosan weh, tak boleh tidur .. Bilikku panasssss ... Bahang ! Dah macam bilik sauna dah neh .. Bila la my dad nak panggil orang datang repair aircond neh .. Uhukk :'(

Incik Kekasih lak dah tidur . Besok nak keje cari duit kawin cite nyerr .. Haha 
Aku neh kena la duk rumah jek .. Aku keluar kang incik kekasih sentap lak .. Alololo
Dia risau pasal aku sebenarnya . Dia taknak aku kena apa-apa masa dia jauh dari aku .
Walau dekat sekalipun , boipren mana tak sayang awek nye oiii oii .. 
Takkan laaa boipren hang nak tengok hang kena kidnap ke ape ke kannnn .. hehe
So, duduk rumah okey fifi ! hehehe Ok lalink ;)

Ahad bersamaan 6/10/2013 kang nak pergi wedding kawan poly Incik Kekasih aku tuh .. Beah ;)
Selamat Pengantin baru Beah .. ^_^
Ahad nanti InsyaAllah kami datang yee ..

Cerita pasal nikah kawin neh kan kan kannnn ..
Incik Kekasih aku tuh dah mula bukak cerita hal nikah kawin neh ..
Aduhh
Selalunya gegirl yang over excited ajak boipren dia tunang, nikah kawin ni kan .... ?
Ni Incik Kekasih aku lak yang over excited bebenorrr nak tawin tawin kepak kepak gebum gebum!
uhukk ! hehehe :p

Haha sebenarnya aku dah berbunga-bunga dah since dia kata nak kawin tahun depan ..
hahhh ! Ape ?? TAHUN DEPAN ???

OMG ... OMG ...
Sayang, I tak ready lagi hokehhh ....
I memain jek masa cakap kat EX gf syg dulu tuhhh ...
Sebab dah dia tuh annoying sangat memperkecilkan kita kann ..
I taktau lak syg amik serious dalam hal nehhh ... ayayaya 

Hehehe whatever lah sayangg ... Apa apa pun I follow jerrr ..
Yang penting HALAL bersama cop sirim dari TOK KADI ...

Kata orang, "Tunang ni banyak dugaan" . yeke ??
Incik Kekasih aku yeye TAKNAK TUNANG ..

Isk ! Isk ! :'(
Tapi I nak tunang la sayang ..
Dan family kita pun nak kita tunang ...
Eeee .. Tampar kang ! hehe

Sebab utama family aku nak aku dengan Incik Kekasih aku bertunang dulu sebab , kitorang ni kerja satu opis yg sama . Selalu pergi memana bersama . Senang cerita macam belangkas lah .
Kalau aku ikut kehendak Incik Kekasih aku tu , kang apa kata masyarakat lak kann ...
"Eh, kenapa dorang tetiba jek nak nikah tuh ? Mesti ada pape berlaku takkk ... Kalau tak kenapa dorang terburu-buru nak nikah terus kannnn..."
Biasalah mulut tempayan .. Bahasa kasarnya mulut macam Bontot Ayam ! haa citenyerrr

So, aku pun buat keputusan utk bagi tarikh sekian sekian haribulan beserta bulannya sekali ..
Tapi ! haaa ada tapi tapi lagi tauu .. Kau tak tau Incik Kekasih aku tuh ..
Dia tuh kalau boleh cepat , dia nak aku cepatkan dari tarikh yg aku bagi tuh !

Eh sesuka sayang jek kannn ! Pang kangg .. Eeee geram kiteee
So aku pekak kan jek la telinga aku neh dengan idea giler Incik Kekasih aku tuh ..
Giler kauuuu nak cepat cepat bagai ...
Kalau family aku sebelum ni pernah ada pengalaman buat majlis kahwin takpe gak,
At least dorang dah tau apa patut dahulukan or buat .
Ni idokkkkkkkkk ....

So, Sayang pi kije cari duit bebanyak okehhh ...
Sabar menanti Kekasih Hatimu neh nak perabih segala duit dlm akaun syg tuh ..
Kahkahkah :D gegurauuu :p

The next story, lain kali la aku cerita okehhh ...
Aku bagi peluang kat stalker aku menanti nanti cerita sensasi kami nehh ...
huhuhuhu









Aku Maafkan Kamu :')

Assalamualaikum .

Harini nak post entri sedih sikit boleh ? Boleh tak boleh aku peduli apa . Blog aku kan ? Haha

Semalam aku harap sangat dia ingat ulangtahun kitorang . Tapi yelah . Maybe benda ni tak penting untuk di ingat :)

Walaupun sekadar ulangtahun , tapi aku sangat berharap . Ok, tak payah nak sesedih okey . Dia relax jek kot kat rumah tuh sambil layan games . Haha over kau jemahhh :D

Takpelah , AKU MAAFKAN KAMU . Maybe itu yg patut aku buat :)

Hati aku jer kot ada sikit sadis ini hari . Kalau aku tak post status kat FB petang tadi , mungkin sampai anniversary tahun depan pun dia takkan ingat . Haha :D

Takpelah , AKU MAAFKAN KAMU lagi .

Taktau nak kata apa sekarang neh . Dia dah cukup banyak bagi aku kasih sayang melimpah ruah , perhatian , jaga hati aku , jaga kesihatan aku , jaga batas batas aku , jaga aurat aku , jaga hubungan kitorang utk buktikan cinta dia kat aku , jaga serba serbi pasal aku tu pun dah terlebih cukup . Aku jek yg selalu tak nampak . Yelah , tengah marah kannn ... Haha aku memang 26jam moody jek ! :p

MAAFKAN SAYA SAYANG ...

Pasal entri semalam pun aku rasa dia tak perasan dan tak baca kot . Sebab aku dah lama tak share link blog aku kat FB .

Dan satu lagi , blog ni pun sebenarnya tak penting bagi lelaki kot , aku rasa .

Aku agaklahkan .. Manalah tahu , tetiba aku kiok ke ape ke .. Mesti blog usang ni jugak yg dia akan belek selalu . Tapi sayang laaa .. Benda dah terlambat .

Maybe aku akan dapat tengok jek dari jauh . 'hai syg , syg buat apa baca blog sy tuh ? Sy dah xde la syg . Sy kt sini tengok awk syg . Tengok awk dari jauh . Awk jgn la baca apa yg sy tulis tuh . Semua tuh dah terlambat . Sy tak mampu nak ulang semula . Bye awk'

Mungkin ....

MAAFKAN SAYA SAYANG . Saya tak tahu kenapa perempuan sangat perlukan leeeeeeebih perhatian , dan kenapa perempuan selalu harapkan lelaki alert dengan benda benda penting tapi remeh pada pandangan lelaki tuh ..

MAAFKAN SAYA kalau saya selalu buat awak rimas dengan perangai saya yang selalu mengada ngada mintak awak layan saya 24juta jam sehari .

Saya cuma tak boleh awak jauh dari saya walau sedetik pun ...

MAAFKAN SAYA ...
HAPPY 3rd ANNIVERSARY Incik Kekasih
SAYA SAYANG AWAK SANGAT

HAPPY 3rd ANNIVERSARY MY DEAR :)




First of all , saya nak ucapkan selamat ulangtahun perkenalan , percintaan , pergaduhan , peperangan , pergedikkan dan bakal perrrr ..... (hihihi tu lain kali cerita) kita yang ketiga ye sayang .. lap u so sotongg ! :D

Actually aku tengah bengang dengan si gendut a.k.a Incik Kekasih aku tuh .. Haaa , bila dah keluar 'kau aku' neh , pepandai korang lah nak paham mood aku ! Tapi takmau risau naaa , aku hati tisu punya olang ... kihkihkih :p

Cuba korang tengok jam korang sekarang dengan korang tengok waktu aku post natang neh . Pepandai korang eh nak estimate laju mane aku menaip post neh dalam keadaan gerammmmmmmm ! Mana tak aku geram . Si Incik Kekasih aku tuh buat buat dekkkk jek tak wish langsung anniversary kitorang .. wuuuu T_T


Ok takpa takpa .. Ade semut ada lembu, weh gendut ! esok hang tungguuuuuu !!! Aku smackdown hang sampai kuruihhh ... grrrr 



Happy 3rd Anniversary my dear Mr.Muscle ^_^
"Roulette - Aku Jatuh Cinta"










KitchenAid Mixer (Raspberry Ice) Murah !!! RM2500 :D

Harini saya nak buat sikit promosi sempena hari jumaat dan sempena puasa dah nak dekat ni . 
Saya rasa bukan  saya sorang je kot yang dah sibuk prepare barang nak buat kuih raya . Memandangkan tahun ni saya rajin nak buat kuih raya (dlm perancangan) , saya nak jugak share maklumat dan promosi dari supplier ni . hehehe 



HARGA PASARAN RM2,760.00
HARGA SAYA HANYA RM2,500.00 !!
dannnnnnn ... masih boleh tawar menawar ;)




KITCHEN AID MIXER (Raspberry Ice) RM2500 ONLY !!
*Direka untuk kegunaan di rumah bagi mengadun bahan.
*Tindakan pengadunan putaran planet 67titik yang unik-mengadun hingga ke tepi tanpa perlu memusingkan mangkuk untuk memastikan hasil yang sempurna lagi konsisten
*300W
*10 kawalan kelajuan
*Mangkuk 4.8L
*Kepala pengadun condong supaya mudah mengakses pemukul dan mangkuk
*Tuas pengunci mengekalkan kedudukan kepala pengadun
*Mangkuk terpasang ketat pada dasar pengadun
*PEMBANCUH URAI - telur, krim putar, kek span, dll
*CANGKUK PENGULI DOH - doh yis, roti, pizza, dll
*PEMUKUL LEPER - doh biskut, bater kek dan pai, aising krim, dll



WARRANTY: One (1) year warranty against manufacturing defects for all parts. Additional four years warranty card against manufacturing defects for motor only. Please keep warranty card for warranty claims. This appliance is strictly for HOUSEHOLD USE only.




AND ALSO, FREE Buku Resepi pengadun KitchenAid dengan pembelian pengadun KitchenAid !! 
SEBARANG PERTANYAAN :
SMS ke 017-6116019 FIFI
ATAU email ke shafyfymie@gmail.com 
ATAU pm ke FyFy Full

Hari-hari hari IBU , Hari-hari hari guru :)

Assalamualaikum wahai awak awak yang sedang baca entri aku ni .. 

Lama tak memenatkan jari menaip pepanjang kat sini . Miss you my blog ! Hehe . Harini aku tak masuk ofis .. Nak cerita segan lak . Haha tak payah la cerita kan kann .. Siapa yang ada friend dengan aku kat FB tu may be tahu la kot .. Tu pon kalau korang sudi jengah jengah aku kat FB la .. Huhu sedih T_T

Harini aku nak wish sikit sempena hari guru dan hari ibu hari tu kann .. Aku takde beli apa apa pun untuk diorang .. Taktau kenapa . Untuk Mama , aku curahkan kasih sayang jek .. Luangkan masa dengan dia . Tunaikan apa pun permintaan dia , walaupun kekadang sangat mustahil utk aku tunaikan . Takpe , demi Mama ! I love you ma .... Ok , let's start ;)

SELAMAT HARI GURU kepada cikgu2 , ustazah2 , ustaz2 , teacher2 , lecturer2 semuaaa ... Terima kasih sebab sentiasa sabar mendidik saya . Jasamu akan ku kenang sampai bila bila .. Kepada cikgu math tingkatan 3 yg kuat mencarut tuh , saya dah maafkan cikgu walaupun saya tak bersalah masa tu .. 

Dan SELAMAT HARI GURU + SELAMAT HARI IBU + SELAMAT HARI BAPA + SELAMAT HARI JURURAWAT kepada Mama , ayah dan nenek saya sebab mereka tak pernah jemu mendidik saya yg degil ketegaQ neh .. Dari saya tak pandai jalan , sampai saya dah besar panjang . Terima kasih sudi biayai kos pembedahan saya plus terima kasih kerana sudi jadi jururawat utk jaga saya siang malam masa saya sakit dulu . Jasamu lebih besar dari stadium shah alam , lebih tinggi daripada gunung Kinabalu . I love all of you <3

Sakit penghapus dosa

Assalamualaikum , lama tak blogging . Berblogging pun time bosan jek .. Hihi

Harini masih lagi bermalas malasan nak ke opis . Hehe jangan bagitau ayah aku okeyy . Diam diam sudah .

Penat weh jalan jauh . Even naik kereta pun kan kann .. Selangor to Kedah . Patah pinggang wa cakap sama lu .. Haha padahal aku tidur jek sepanjang perjalanan :p

Jumaat malam sabtu , aku pergi rumah sebelah aku neh . Maklum la anak dia kan nak bertunang , tolong tolong la apa yg patut .. Lagipun sedara kan . Apa salahnya . 4:30 pagi jugak lah aku balik malam tuh . Sabtu pagi dalam pukul 10am dah nak kena gerak . Bayangkan aku tidur setengah jam jek disebabkan nak amik hati ayahanda ku tercinta tu nak berborak . Hihi rindu ayah .

Malam sabtu masa tengah sibuk sibuk buat bunga rampai , mak ngah aku tanya aku sambil anaknya pasang telinga join sekali ,
Mak ngah : akak kenape kau kurus sangat ? Kau makan ubat diet ke ?
Aku : eh mana ada laa .. Sumpah , lillah tak makan pape ubat pun ..
Mak ngah : yeke , habis kenapa kurus sangat ? Kau makan hati ke ? (anak dia cakap)
Aku : haha mana adeee .. Akak bahagia lah . Next next next year akak naik pelamin lak . Kehkehkeh
Mak ngah : yela kau .. Sekarang berat berapa ? Dulu kan kau berisi ..
Aku : tahh .. 44 ke 45kg tah . Lupa lah ..
Mak ngah : dulu ?
Aku : 56kg (err .. Memalukan mention berat dulu pulak) hihi
Mak ngah dgn anaknya : banyak turun tuh ..
Aku : tulah .. Pelik gak .
Mak ngah : tah tah kau sakit balik tah ..
Aku : mana ada la mak ngah .. Org sehat je pun ...
Mak ngah : alah dulu masa korang kecik kecik mak ngah la yg jaga korang . Masa kau umur 3bln badan kau kurus je tinggal tulang . Nampak tulang rusuk . Dah macam rangka ayam dah (sampai hati mak ngah cakap aku macamtu . Sobsob) . Lepastu check doktor , baru tau kau ade sakit .
Aku : haihhhh .. Tak de pape lah .. Akak ok je .. Sakit sikit sikit tu biasa la . Hehe
Mak ngah : penyakit ni jangan dibuat endah tak endah . Kang dah teruk nanti susah nak rawat ..
Aku : hmmm .. Ye ..

Persoalan , aku sakit balik ke ? Aku tak rasa pun yang aku sakit . Sikit sikit tuh biasa lah . Sebenarnya aku pun tak tau sakit yang dimaksudkan tu macam mana . Tapi , hanya Allah saje lah yang tau macam mana sakitnya bila sakit tu datang . Aku just anggap Allah nak uji aku yang selalu leka ni .

Incik kekasih aku pun selalu paksa paksa aku suruh pergi checkup . Masalahnya bukan aku takut doktor atau malas . Tapi aku takutkan result tu . Kalau sihat , alhamdulillah . Kalau tak , boleh ke aku terima kenyataan ? Perlu ke aku menyusahkan mama ayah lagi ?

Kadang kadang takde siapa boleh faham isi hati aku , even incik kekasih aku sendiri pun tak faham apa yang tersirat dalam hati aku . Bukan tak pernah nak berkongsi cerita . Tapi nak faham cerita tu selalunya susah .

Kadang kadang tertanya jugak kenapa Allah uji aku sampai sekarang , kata orang sebab Allah sayang .  Kadang kadang aku tak mampu tempuhi dugaan tu . Salah ke aku menangis bila aku tak kuat ?

Aku harap Allah panjangkan usia ku . Taubatku tak pernah puas aku harapkan Dia ampunkan . Mama ayah ku , aku sayang diorang . Jasa diorang belum sempat aku balas . Adik adik . Abang . Akak sayang korang .

Aku hanya insan biasa yang perlukan kasih sayang dari orang yang aku terlalu sayang . Rajuk aku sering tak diendah . Aku sedar aku sering menyusahkan mereka . Hilang kasih , hilang semua . Hilang aku , dipandang hina .

Ampunkan aku , maafkan aku .

Belajar dari kesilapan !

Harini adalah hari yang paling kelam kabut bagi aku !

Well , actually aku baru apply buku cek . Yelah before this asyik tulis cek guna buku cek ayah je . Now my dad suruh buat buku cek sendiri . Nanti takde lah delay2 lagi nak bagi cek dekat orang .

Nak dijadikan cerita yang memang SUDAH terjadi ni ...... Semalam punya excited suruh incik kekasih masukkan cek utk sewa ofis dekat machine cheque . Ingatkan ok lah takde apa apa masalah . Today , orang bank call . Dia kata cek yg aku issued tu CEK TENDANG ! What theeeeeeeeee !!! Arghh .. Duit ade la deyyy .. Apa masalah sekarang ni ?

Rupanya , aku LUPA SIGN cek tuuuu .. Huaaaaa T_T
Tu lah .. Dah terbiasa my dad kasi cek dah berSign .. Bila dah ada buku cek sendiri , tak reti reti nak sign sendiri .. T_T

Dah lah tadi baru je kasi cek baru kat incik kekasih untuk pergi bayar bil maxis ! Tu pon aku LUPA SIGN jugak !! Cepat cepat aku call incik kekasih .. Tak pasal pasal kena marah sebab buat dia rushing rushing , pastu buat hal lak tak sign cek ! Wuuuuu T_T jgn la marah kiteee ... Kite tak sengaje :'(

Lepasni aku kena pastikan yang aku tak buat salah lg .. Takot dohhh cek tendang 3 kali .. Mampus aku camne nak membayar amount yg kebabom kebabom tuh ....

Tadi ngadu kat ayah , ayah kate lain kali jangan buat lagi . Lagi lagi kalau bab yang duit tak cukup tuh . Fuhhh nasib baik ayah tak marah ... Hehehe sayang ayah !! Tak sayang incik kekasih ! Dia marah aku tadi :'(

Ok lah , actually nak update kt status fB jek . Tapi macam 'ek eleh' jek nak cite pepanjang kt fb kannn .. Huhuhu Kesian blog aku ni dah bersawang .

Now aku dah download app blog kt handphone ni . Senanglah aku nak luahkan perasaan kan kan kannn .. Hehe annoying ? Jangan marah haaa .. Button PANGKAH tu nampak tak ? Pi click kat sane ok kalau tak suka :D

dah ready ke ?


Kenapa saya masih ingat harini hari SELASA ? arghhh ... Fifi .. Ingat sikit , hari Isnin haritu adik kau tak pergi tadika . CUTI . Sebab tu la kau akan rasa kekurangan satu hari kalau kau tak hantar adik kau pergi tadika ! haihhh .. pelupa betul ! 

Ok , tu bukan cerita utama . haha Sejak kebelakangan ni pelupa aku makin teruk ! Giler doh .. Muda muda lagi dah pelupa tahap gabannnnn ... Acanner ni .. Tolong tolong tolong akuuuuu ...

Ok , tu pun bukan cerita utama ! hahahaha Ok stop ! please la fi .. Orang taknak tengok kau mengarut ! Ok fine .. Maaf yaa ^_^ 

Harini aku nak share sikit pasal kekusutan yang melanda dikepala hotak aku neh ... Haihhh ... Aku pun tak berapa nak pick up apa pasai pepagi laie omak eden tuh tetiba suruh eden beli mesin basuh ! whatttt ..... ! maa ... untuk siapa ?? Kan mesin basuh kat atas tu elok lagi .. Nak beli lagi nak buat apa ? 

"Untuk kau lah .. Kau tu patut dari sekarang kumpul barang . Kang takde lah terhegeh hegeh nak kumpul duit kahwin lah , kumpul duit nak beli barang rumah lah .. kau tu dala pantang ada duit . Ade je kedai yang kau nak sedekahkan duit duit kau tuh !" errr ... Ok ok ok maa .. Mama nak suruh akak beli mesin basuh berapa KILO punyer ? 7kg ? 10kg ? 14kg ? 20kg ? haa cakap jer .. Akak tengah kaya sekarang neh ... (sambil keluarkan kotak saidina adik) 

MAMA: Tengok tu , orang cakap dia main mainkannye .. Pepandai la kau nak bajet semua tu sendiri .
AKU: ala ma .. Not now la ... Bulan depan nak holiday kan .. pleaseeeeee..
MAMA: Mama cakap je .. Kang jangan nanti kau ada rumah , tapi kerusi meja pulak yang takde .
AKU: haihhh .. yee ..

Kenapa kenapa kenapa dengan mama aku ni .. Aku baru 21 tahun laa .. haishhh .. Masak pun failed lagi , acanner nak kahwin ? Memang boleh belajar . Tapi yang selama ni aku mencekek tuh maggi jek punn .. Tu jela hasil tangan aku yang paling sedap ! *bagi aku lah . haha

Aku sebenarnya tak tahu nak bajet semua tu macam mana . Sebab aku satu hapeee pun tak tahu . Yelah, first time . Nak tanya , malu ! haa .. Ni la masalah sekarang . hihihi

Mama kata tadi , bab kenduri selalunya mak ayah yg support ! yeke ?? wahhh .. Kalau macamtu harini gak nak kahwin !! haha gelojoh ! :p Tapi , bab lain lu pikir lah sendiri lah kan ceritanyaaa ... Yang kena pikir sendiri tu la yang tercapai dek akal ku nehhh .. huaaaa T_T

Incik Kekasih kata bab kahwin biar dia yang pikirkan .. lagi lah bertambah tambah wahhhhhhhhh .. hihihi Tapi macam tak best pulak .. Nak kahwin berdua (bersama) . Takkan nak biarkan Incik Kekasih kumpul duit kahwin sorang sorang jer ... 

Takpe , Incik Kekasih pikir bab kahwin , aku pikir bab barang rumah . DEAL ! 

Arghh ... Apa yang kusut sangat ni ... Slow slow lah .. Bulan ni beli ni , bulan depan beli tu .. Tapi , alaaa ... nak beli kasut .... Nak beli tu .. Nak beli ini ... hahaha kalau Incik Kekasih baca ni mesti dia buat muka sebal dia tuh . lalala Ok ok ok sorry ^_^ saya janji saya kumpul duit eh sayang ... dan confirm Incik Kekasih jawab "kita tengokkan ajerrrr" kihkihkih sorry lagi ye sayang . HABIT ! tak boleh nak dibendung dah ! :p

Betul kata member facebook a.k.a member sekampungku , Shaiful Azzam "Duit habis kerana tidak fikir kawin lagi . Nanti da fikir kawin n berkat Allah pasti pandai simpan"

PERSOALAN , aku dah ready ke nak jadi isteri Incik Kekasih aku tuh ? dengan perangai tak berubah lagi . Masak , mengemas , membasuh memang jauh sekali lah . Pergi kerja pepagi , balik kerja da petang . Semua dah siap . Magic kan ? hahaha 

Dalam dilemma nehhh .. Orang cerita pasal kahwin sepatutnya seronok . Yang aku neh duk runsing macam mana nak lalui semua tuh . Mean, nak jadi isteri tuh laa . bukan pasal kewangan . Mama kata dia nak support kenduri kan . Lega la sikit . haha haa ! suka ! suka ! Balik kang belajar masak !! 

Bulan depan holiday ke Langkawi ! dan bermula lah pencarian barang barang rumah ku iaitu Pinggan Mangkuk ! ecehh .. Tak pernah pernah aku singgah kedai tuh , kali ni TERpaksa singgah dan beli ! T_T
Dan Incik Kekasih akan jadi mangsa aku untuk mengangkat barang barang itu semuaaaa .. hahahahahaha PADAN ! sayang jugak yang dah bagi hint suruh beli kan .. 





Psstt : Patutlah tabiat menggigit kuku sampai berdarah darah tuh datang kembali . Rupa rupanya ada perkara yang patut aku runsingkan sekarang ! hahaha No no no .. Aku tersangat bahagia . PERCAYALAH :)


I LOVE YOU, SYURGA KUUUU 



♥ SAHABAT SELAMANYA ♥


"AKU SAYANG KAU SANGAT SANGAT KA, SAYANG SANGAT.. 
TAK ANGKAT CALL SEMALAM SEBAB TAKUT KAU BISING SEBAB AKU DAH START KERJA .
MULUT MACAM MAK NENEK!! 
JAGA DIRI KA,
KERJA BAIK BAIK TAUUUU"


Alahaii Mariam ... Kau buat aku rindu zaman kita kecik kecik dulu .. Dulu kita selalu main perang perang kannn .. hihihi Geng geng kau semua perempuan .. Geng geng aku semua lelaki .. Geng kita tu adik beradik dan sesedara kita jugak kan .. Haha kelakar jek bila teringat balik zaman hingusan dulu :p

Tak sangka sekarang kita still bersama . Walaupun pernah terpisah dalam 2 ke 3 tahun tah .. Tu pun disebabkan ex boyfriend kau yang tak kasi kau berkawan sangat kann .. sedih aku tauu ..

Bulan lepas aku aku terdengar berita yang sangat sangat boleh buat aku heart attack kau tahu takk .. Macam mana lah kau boleh accident ni yamm .. Risau aku .. Aku yang tak makan apa lagi tuh , balik kerja terus tukar baju , cuci muka cepat cepat , then terus jumpa kau dekat wad .. yam .. yam .. 

Selama kau terlantar dekat rumah , masa tu jela yang aku mampu lepak dengan kau , borak borak dengan kau .. Kau tahu tak aku rindu kat kau .. Sangat sangat rindu .. Tapi takde lah selalu sangat aku datang rumah kau .. Kadang kadang kalau penat sangat , aku balik rumah terus tidur je .. hihi kantoi tak mandi :p

Bila la kita boleh macam dulu lagi kan yam .. Kemana mana selalu bersama .. Sampaikan orang ingat kita ni adik dan kakak .. hihi Rindunya lah .. Sebelum aku jadi isteri orang , selagi tu aku nak habiskan masa dengan kau dan kawan kawan aku yang lain ... Sebab aku tahu , lepas aku dah jadi isteri orang , aku kena jaga hati suami aku daripada jaga hati kawan kawan aku .. Aku harap kau faham ye .. Aku harap kau ingat dan tahu yang aku sangat sayang gilerrrrrrr dengan persahabatan kita .. 

Musuh boleh dicari . Sahabat yang baik memang susah nak cari :)

Kau janji ye yam .. Jadi pengapit aku !! hihi yang penting kena tambahkan ketinggian kau tu laa .. Risau risau lain yang kau kipas kanggg .. haha maap yam .. Gegurau jekk :p

Kita kawan sampai bila bila yeeeeee ... love you ♥














Penderaan Mental IbuBapa


Harini aku nak cerita, tanya dan nak luahkan pendapat yang tak seberapa ni .. Actually cerita ni berkisarkan tentang masyarat kini yang seringkali menghantar anak anak mereka ke rumah ibu / ibu mertua mereka . 

Oh please .. Aku cukup tak gemar dengan situasi macamni .. Kenapa perlu korang menghantar anak anak korang ke rumah ibu / ibu mertua korang sendiri ? Diorang ke yang melahirkan anak anak korang ? Tak kesiankah korang dekat ibu / ibu mertua korang yang telah membesarkan korang sejak dalam rahim dia lagi ? Sepatutnya umur lingkungan ibu ibu kita sekarang ni bukan masanya untuk menjaga / melayan kerenah anak anak korang yang banyak ragam tu . Sekarang masanya untuk ibu ibu kita berehat .. Kita sepatutnya yang menjaga dan merawat mereka . Bukan mereka yang buat semua tu dekat kita atau anak anak kita ..

Maaflah , memang aku belum kahwin dan belum punyai anak lagi . Tapi tak pernah ke korang terfikir bebanan yang ibu ibu kita tanggung selama ni ? 

Ya ! sepatutnya kita tak boleh duduk sebumbung lagi dengan ibu bapa kita setelah kita sudah berkahwin . Sebab , dari situ kita boleh belajar hidup berdikari . Susah senang bersama . Fikir macam mana nak atasi masalah yang melanda . If da ada anak , lagi advance . Nak anak , kena la pandai jaga . Takkan nak lepas tangan suruh ibu / ibu mertua korang jaga pulak .. Diorang bukan pusat asuhan kanak kanak . Diorang jugak bukan orang gaji yang senang dibayar utk diarahkan menjaga , membasuh baju , cuci najis dan menjaga makan minum anak anak korang .

"alaa .. kitorang bukan tak kasi mak / mak mertua kitorang duit sikit sebab dah tolong jagakan anak anak kitorang .." kata cik kiah dengan bangganya ..What ?? korang ingat ibu / ibu mertua korang tu siapa ? 

Kalau ibu / ibu mertua korang rela hati nak jaga anak anak korang sekalipun, aku percaya , tu hanyalah pada awalan saja . Sebab mereka terlalu gembira dengan kehadiran "orang baru" a.k.a cucu mereka . Tolonglah mengerti bahawa kudrat warga emas bukan macam kudrat umur baya baya kita . Dan tolonglah wujudkan walau sedikit perasaan belas kasihan terhadap ibu bapa / ibu dan bapa mertua kita sendiri . 

Ok stop ! don't blame me at all . Aku hanya luahkan apa yang aku nampak .. Aku tak kisah pun korang nak kata "kau cakap senang la sebab kau belum kahwin lagi . Kahwin sekarang tengokkk .. Mampu kau nak bayar rumah pengasuh lagi , rumah sewa lagi , motor kereta lagi , bil belanja rumah lagi , api air lagi dan lagi lagi lagi" tetttt .. That's why aku masih belum kahwin lagi . Even aku tahu "kahwinlah anak muda , elakkanlah diri kamu dari dosa kecil, dosa besar, maksiat dan zina . Akan ada pintu rezeki terbuka luas setelah kamu di ijab kabulkan" 

Aku bukan taknak kahwin awal . Tapi aku tahu susah senang hidup setelah berumahtangga . Tolong jangan pikir lain yee .. Maksud aku , aku dah terbiasa lihat gelagat manusia disekeliling aku . Kadang kadang yang kahwin awal tu ada baiknya ada buruknya . Aku sedar aku masih lagi banyak kekurangan . Lagi lagi bab MASAK ! ok fine , tutup cerita . haha


Pesanan baik baik sayang : SYURGA dibawah telapak kaki ibu . Hargai, sayangi dan jagalah mereka seperti mana mereka telah bersusah payah menjaga kamu . 


psstt ... Jangan risau , aku dah sediakan cermin sebesar diri ku untuk dihalakan ke diriku sendiri :)



Adakah anda mahu ibu / ibu mertua anda dilakukan sebegini rupa ?
Nenek dipaksa mengasuh cucu (sumber Mr.Google)




Sebab utama saya TAKNAK kahwin awal , SAYA TAKUT BERANAKKKKKKK !! haha sakai kan ?
tapi dengan kejamnya incik kekasih kata jangan mengada ngada yeee ... orang kahwin awal sebab nak anak cepat ! wuuuu ..sayang , mengerti aku pleaseeeee :(





I'M REGRET ! sorry my dear :(

SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY


i know here is not the suitable place for me to express my feelings.
but i really need to express what i feel right now.
i know it is my fault. i know i'm stupid because i do not think carefully before i do something.
i'm sorry .. i regret what i have done


i know , someday i'll regret because i've been hurting his heart , the person that i really love . and that day will never give me a chance to get back his love , his attention , and all from him. 
i'll regret ! 



take note: EGO is the only requirement to destroy any relationship.. 
so , skip the 'E' and let it 'GO' 



IF i can tell the whole world that i love him so much , oh.... never mind ! i don't think so .. 
no words can fully describe all the feelings i have for him . 


i'll always trying to fight for keeping our relationship till the last breath . 
because nobody can make me fall in love like you did . trust me . 
i can't live without you . trust me again . 
i really need and want you . trust me more . 
i truly love you for the rest of my life ! trust me many more .. 
trust me , trust me , trust me !!! 
because i really mean it 


like you've meant a lot to me

                   


REMEMBER : I CAN'T LIVE WITHOUT YOU ! 




SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY SORRY 

yayy ! HOLIDAY ♥


CAMERON HIGHLAND ♥ LANGKAWI 

Wahhh .. takde besar lagi ke subtitle tuh ? ahaha :D 
yayyy yayy kite pegi oliday lagi .. yay yayyy ! "sorak si baby bila dengar cerita pasal bercuti ni :)

Actually kami decide nak pergi Sabah . PULAU MABUL , maybe ! tapi tapi tapi :( mama kata nak pergi LANGKAWI lagi pulakkk .. sebab tahun sebelum ni pergi sana tak syok .. ramai sangat ayah bawak pekerja pekerja dia .. so tak boleh nak shopping sakan , berjalan pun terhad sebab ada yang tengah mengandung lah .. ada anak kecik laaa .... that's why mama nak pergi sana lagi .. ohhh ... punahh impian :( wuuu :(

Mama kata , "Pulau Mabul kat Sabah tu sesuai untuk orang nak honeymoon je ... Kang akak dah kahwin nanti ajak la Syahmi pergi sana ...." alaaaaaaa mama ... nak sekarang jugakkk ;( sadisnyeeeeeeee

So, sayang mama punya pasal . Cameron pun Cameron lahh ... Langkawi pun Langkawi lahh ... :)
Semalam dah booking tarikh , bilik ape semua . tinggal nak bawak beg kosong jek lah kan ceritanyee ... hehehe Cameron Highland bulan November , Langkawi bulan Disember :D 

Aku suka pergi Langkawi pasai banyak COKLAT !! awww .. dapnyerrrr :D 
Dapat kat si ayah dengan si anaknye nih , memang hari tu jugak boleh habissss .. kihkihkih :D
Pergi Langkawi nanti just 2 keluarga je pergi .. Tambahan si incik kekasih pun kena pergi gak .. sebab dah tersenarai nama dalam company . and dah booking pun bilik untuk si teruna teruna nih

Cameron Highland nanti insyaallah pergi 4 keluarga . and seperti tertera diatas , incik kekasih pun kena pergi jugak . tapi tak kesah pun kalau dia tak pergi . If ade kerja kena buat kat Klang , jangan nak merungut lah kan . orang masing masing pergi bercuti , siapa yang ada kat Klang tu kena la standby kerja . pedulik hape ? lalala insyaallah subcon pun follow jugak . insyaallah . kena inform balik nanti . *mintak mintak lah diorang tak baca. haha

Apa apa pun , kami hanya merancang :)
kerja saje pun tak elok gak .. TENSION wooo .. hehe




Nota Comel: nak bercuti dengan kengkawan , family tak izinkan . Bercuti dengan family pun syok ape ! 
JIMAT DUIT ! hahaha :D 








RIBUT ! ya Allah ....

Ributttttttttttttttttttt ...... mama suruh angkat baju dekat ampaian , aku pi selamatkan kucing kucing aku dulu ! ehehehe :p
MAMA: mama suruh masukkan baju baju tu kt dalam .. kucing tu dalam cage , biar jela dulu ...
AKU: ma , kucing tu takut ribut lerr .. sian dorang ... 
MAMA: dahtu baju baju yang jatuh kat lantai tu mama jugak yg kena basuh balik ! tak kesian kt mama ?
AKU: (kibas2 baju yg dah jatuh tu) haa .. kan da bersih ..
MAMA: (sambil buat kening the rock + sambil kempiskan hidung acah acah comel) eeeeee... cepat masuk ! hujan tuuu
AKU: hehehe eleleley .. baju tu mesin yg basuh . mama just masukkan dan tekan button tu je kan ? hehe 
MAMA: tahu pon ! dahtu tak reti nak basuh baju sendiri ? 
AKU: err ... ma , syahmi tetibe call .. byeee ... (sambil lari tergedik gedik) 
PESANAN DARI SI ANAK YANG PENUH DOSA: CINTAI DAN SAYANGILAH IBU KAMU LEBIH DARI KAMU CINTAI DAN SAYANGI KEKASIHMU :) DOA IBU LAH YANG SELALU KU RINDUKAN :) I LOVE YOU MAMA ..

oh! gaji Y_Y

Harini dah gaji ? Oh my .... kenapa awal sangat ... wuuu :( Padahal sama je dapat awal bulan ke tengah bulan ke akhir bulan ke . Dapat je habis . Tak sempat nak tunggu gaji bulan depannya -.- sedih betul ! haha
Semenjak dua menjak ni . Banyak dah peruntukkan kena buat sekarang . Peruntukkan untuk anak anak (kucing) je dah RM500 . Itu pun nasib baik 2 bulan sekali . Bab makan la . Sebab aku beli makanan kucing 7kg terus . Tu pun beli asing . Sebab aku ade anak kucing 2 ekor . Bapak kucing 1 ekor . So sekali beli kena 14kg . OMG . Kalah makanan aku wehh .. Makanan diorang je dah habis RM400 . Pasir lagi . Vitamin lagi . RM500 lebih jugak lah selalunya . 

ASB pun satu hal jugak . Hampir separuh gaji kena bayar kat situ jek . Bulan bulan RM700 . Pengsannnnnn =.=' "untukmu sayang" kannnn .. Terpaksalah . Ni pon tengah pikir nak tambah lagi . Kalau tambah lagi , bulan bulan je dah RM1200 . RM800 je tinggal untuk gaji aku ? Aduhh .. Aku nak makan ape ! Anak anak aku macam mane .. Shopping ? Huaaaaa T_T . Ayahhhh .. Kasihanlah anakmu ini .. Naikkanlah gaji kitorang :( hihihi ngade ... Kerja malas ! "mama kate" . Ok fine :(

Aku bab bab duit ni memang aku cekap . Tapi kenapa selalu habissssssssss .. Ada anai anai ke dalam bank tu ? Aduhh .. Nak suruh incik kekasih pegangkan kad bank aku pun aku tak sanggup . Kang bila nak keluarkan duit macam mana ? Nanti sure kena soal siasat dulu before nak dapatkan kad bank tu ! Aduhhh -.-

Tolonglah ajar aku jadik orang penjimat or kedekut ke or apa apa jelah . Janji sebulan gaji tu aku boleh menyimpan at least RM200 ! huaaaaaaaa T_T sedihnye .. 

Bila fikir fikir balik , macam mana lah orang orang miskin tu boleh sara diri diorang dengan pendapatan yang rendah kan ? Haihh .. Keinsafan sementara lah aku nih ! Kejap lagi mula la tuh , kesana kesini . Beli itu ini . Haihhhhhh ... Aku rasa baik aku tambah ASB aku . At least aku habiskan duit gaji aku untuk masa depan aku . Tapi tapi tapi ..... Gaji yang sedia ada ni pun hujung bulan da sosak den nehh .. Adehhh ! eden torai lahh ! hihihihi :D

Pada awak awak yg sedang membaca ni . BETTER ! simpan duit dekat ASB untuk mengelak pembaziran dannnn kehabisan duit secara tetibe (eh, boleh pulak?:p) . Buatlah ASB at least RM30k . Bulan bulan baru RM180 kalau tak silap . Setahun menyimpan pon dah dapat dividen setiap awal bulan . Tak kira la korang baru bayar 2 bulan ke 3 bulan ke apa ke yeee ... Kalau yang start bayar bulan januari tu yg best tu .. ASB dia siap boleh roll in untuk tahun berikutnya lagiii . Mean , tahun depannye kalau korang tak bayar pon takpe . Janji jangan ambil dividen tu ! :) *buat iklan tak berbayar pulekkk aku nehh ;p



p/s: Pembaziran tu amalan syaitonnnnnnnnnnnnnnnn ! hehe Lebih baik korang menabung . Menabung tu bagus . Terjamin masa depan :)
(aku cerita apa sebenarnya sekarang neh ! haha selalu macamtu kann ....:p) 






HABIT !



Entri kali ni nak cerita pasal 'habit a.k.a tabiat a.k.a tebiattttt' yang sukar nak diubah ! ahaa , mesti pelikkan ? apa benda la habit aku neh kann .. Actually , aku ni gilerrrrrr teruja bila tengok orang punya LESUNG PIPIT a.k.a lesung pipi a.k.a DIMPLE ! Ahaaaa .. Sengal kan ? hihii Tapi tu lah realitinya . Asal nampak seseorang tu senyum , lepastu ada pulak lesung pipitnya , rasa macam nak tengok jek muka dia .Tak kira lelaki ke perempuan ke budak kecik keee ... Rasa macam nak suruh dia senyummmmmmmmm manjang jek ! haha bolehhh ? ;p

Tapi kan , Incik Kekasih aku tuh jahat tauuuu ... Dia kata orang yang ada lesung pipit tu macam 'cacat' jekkk ! eeeeeee.. Geram jek ! Sampai hatiii ... Aku pon ada lesung pipit tauuu .. Terasa nehh .. Terasa nehhh .... :'( hehehe biarkannn ! Incik Kekasih tu jealous jek sebenarnya .. Sebab dia punya lesung pipit kecik kenenot ! haha *dah lama tak guna ayat (kecik kenenot) tuh ;p

Mengikut fakta dari Mr.wiki wiki ,‘'Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi'' ( sumber wikipedia )

So, terbuktilah apa yang Incik Kekasih aku tuh kata ada betulnye jugak .. Tapi jangan la cakap cacat ... Cacat cacat pon cantik apaaa .... Dengki ! ;p 

Mengikut genetik dari famili aku , memang ada yang berlesung pipit comey comeyy ... *eceh! puji famili sendiri pulak ;p Ehem! , okey okey stop . Nak sambung cerita .. Mama aku ada lesung pipit dekat bahagian bawah tepi bibir . Adik lelaki aku pon sama . Cuma aku je yang ada dekat blah kiri dan kanan pipi . Blah kiri tak berapa nak dalam sangat . Blah kanan je dalam sikit . Siap ade extra dekat hujung pipi . kuikuikui :D yes yes ! Doakan anak anak aku semua ada lesung pipit yang dalam dalam sampai siap boleh takung air okey bebehh :D aminnnnnn :)

Dah lah, malas nak taip panjang panjang . Aku tau korang ni sebenarnya malas nak membaca kannnn ? Lain lah kalau korang neh MUSUH aku ! tah tah semua post aku , korang baca giler teliti kan ? kihkihkih .. Jangan marah haa .. Chillex sudeyy .. Hidup cuma sekali .. 
Mintak ampunnnnn sebelum terlambat ! :)

handsome nye muka dia .. eh! lesung pipit diaaa ... hihi *Sorry Incik Kekasih ! HACKS ;)

prettyyyyyyy ! comeyyy angat angattt ;D like like :D

Anak Mummy ... Wait for me yeahhh :) *perasan kejap ! 

Actually aku paling teruja dengan SI KEMBAR ! Incik Kekasih ... nak plishhh :D
tak dapat pon takpe . kalau dapat, ALHAMDULILLAH :)




p/s: Mesti Incik Kekasih jealous sebab aku suka pandang pandang lesung pipit orang kannn ... Lagi lagi "lelaki" ! aduhhh .. Sorry sygg .. Tak sengaja ! dush dush ! belasah saya cepattttt ;D hehe 
Sygg pon ade lesung pipit kan ? meh nak tenung muke awokkk ! I love you gem gem :D







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...